Saturday 31 March 2012

Agar-Agar Kastard

Source: K.Nor / CMG / Izah
(Nota : Resipi asal ialah Agar-Agar Karamel Tanpa Telur di modifiedkan oleh Kim tanpa telur dan susu cair) 

Bahan-bahan:
10g serbuk agar-agar
1 liter air
120g gula halus
2 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanila

Cara-cara:
Masukkan sedikit air dari 1 liter air kedalam tepung kastard dikacau sehingga sebati.
Satukan gula, air dan serbuk agar-agar, kacau rata dan jerangkan diatas api dan kacau sehingga semua larut dan mendidih.  Perlahankan api dan masukkan bancuhan air+kastard, kacau rata.
Masak sehingga bancuhan kelihatan sedikit pekat, matikan api dan tuang dalam bekas agar-agar.
Biarkan suam sebentar dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk 2-3 jam. 


Ayam masak Kicap


Bahan-bahan:
Ayam dibersih dan potong kecil
Cili merah dibuang biji dan potong menyerong
Bawang besar di mayang
Halia dihiris
Kicap manis
Kicap pekat
Garam secukupnya
Sedikit air limau nipis
Air secukupnya

Bahan tumbuk/kisar (ditumis):
Bawang merah
Bawang putih 
Minyak sedikit

Kari Ikan Tenggiri Asam Jawa


Bahan-bahan:
Ikan tenggiri dibersihkan

Garam secukupnya
Serbuk kari ikan secukupnya dicampurkan dengan sedikit air
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya

Bendir - dipotong serong
Tomato - dibelah empat
Terung - belah dua dipotong serong
Kacang panjang di kerat dalam pendek
Cili merah - dibelah dua jangan putus

Bahan dikisar / tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Halia sedikit

Bahan tumis:
Daun kari
Bawang besar dimayang
Kayu manis
Bunga cengkih
Biji Pelaga
Bunga Lawang
Minyak menumis sedikit
Garam secukupnya

Sambal Ikan Selar Bernenas dan Ubi Kentang

Bahan-bahan:
Ikan selar - dicuci bersih dan gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit
Ubi kentang - dibuang kulit dan potong ikut suka
Nenas - dibuang kulit dan potong ikut suka - dicelurkan sebentar
Bawang besar - dihiris halus

Bahan sambal dikisar halus:
Cili Kering
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit Halia

Sedikit air
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak dikuali dan gorengkan ikan sehingga masak dan ketepikan.
Gorengkan ubi kentang sebentar dan angkat diketepikan.
Masukkan minyak untuk menumis bahan sambal dan tumis sehingga garing dan harum.
Masukkan ubi kentang dan nenas diikuti dengan air secukupnya dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.  Jika nenas terlalu masam kurangkan jumlah air asam jawa.
Masak sehingga ubi kentang empuk dan kepekatan ikut suka. Masukkan ikan dibalik-balikkan sehingga rata, angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Saturday 17 March 2012

Nasi Lemak dan sambal ikan bilis


Kek Karamel Coklat Moist

Resepi: Atulnona Abdullah dan Munira Baharum FB
Source: MLong FB & Izah / Copy source dari : K Nor
Bahan Karamel:-
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
* ratakan pada loyang supaya nanti kek yang dah siap tak melekat bila dikeluarkan dari loyang

STEP 3: (source K Nor)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ( Kim jugak letak 1/2 cawan tapi dan penuh sangat )
1 sudu teh esen vanila ( Kim jangan kurangkan supaya tidak berbau telur ) 
3 biji kuning telur ( Kim juga mengguna 2 biji kuning telur *
2 biji telur ( putih dan kuning ) ( Kim jugak guna 3 biji ( putih dan kuning )
Atau
(Bahan B) STEP 3:
1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
* ( Kalau nak karamelnya tebal, tambahkan susu cair dan kuning telur )

STEP 4:
Kacau perlahan dan tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Bakar karamel secara "steam bake" pada suhu 180'c selama 15 minit.

Sementara itu, siapkan bahan kek chocolate moist.

Bahan A:
1 cawan serbuk koko  ( Kim jugak mengguna 1/2 cawan serbuk koko )
1 cawan susu cair ( Kim tambahkan sedikit susu segar sebab susu cair dah habis )
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak / jagung

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum ( Kim jugak guna 1 cawan )
1 sudu teh soda bikarbonat ( Kim jugak guna secubit jer )
1 sudu teh baking powder
* semua bahan-bahan diatas di ayakkan ( Kim mengayak 2x )  

Bahan C:
4 biji telur ( Kim guna saiz C ) - dipukul dengan whisk atau blend - ( Kim jugak guna 3 biji telur + 2 putih dari lebihan puding karamel)

Cara-caranya:
Satukan bahan B dan bahan C kedalam bahan A secara berselang-seli dan gaul sebati dengan whisk atau senduk.
Tuangkan adunan kedalam loyang karamel tadi.
Bakar secara "steam bake" pada suhu 180'c selama 1 jam atau sehingga masak .... bergantung kepada oven masing-masing.....
Dah masak, biar kek sejuk atau sehingga kek meregang baru diterbalikkan kek.  Sedia dihidangkan.

(Nota Kim - "steam bake" maksudnya dibawah acuan kecil diletakkan 1 lagi acuan yang besar sedikit kemudian masukkan air sedikit, selepas itu acuan kecil ditindih pada acuan besar dan pastikan acuan besar itu tidak terlalu besar kerana apabila kita masukkan acuan kecil itu kita tak nak acuan itu bergoyang sebab nanti kek menjadi senget pulak)  



Kari Ubi Kentang



Bahan-bahan:
2 biji Ubi Kentang - dikupas kulit dan potong memanjang (boleh digorengkan sebentar kemudian toskan dan ketepikan)
2 biji tomato - dipotong memanjang

Bahan tumisan:
Daun kari
1 biji bawang besar yang bersaiz kecil - dicincang
1 ulas bawang putih dicincang kasar

1 1/2 sudu besar Rempah kari ikan - dicampurkan dengan sedikit air, kacau sebati

Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air secukupnya (jika nak pekat tidak perlu mengguna banyak air

Caranya:-
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumis sehingga layu masukkan daun kari dan terus mengacau sehingga wangi.  Masukkan rempah kari ikan dan kacau sehingga sebati diikuti dengan tomato dan terus mengacau lagi selama 5 minit.

Masukkan ubi kentang dan sedikit air kacau sehingga rata biarkan sebentar.  Masukkan garam secukupnya.  Sesekali kacaukan dan biarkan sehingga ubi kentang empuk dan boleh dimatikan api. 

Sunday 4 March 2012

Terung Sambal Udang Kering Berserai

Bahan-bahan:-
Terung panjang - dipotong memanjang - goreng sehinnga masak, angkat dan bubuh dipinggan

A) Bahan-bahan ditumbuk kasar:-
Udang Kering - direndamkan sebentar
Serai dihiris halus

B) Bahan-bahan sambal ditumbuk kasar:- 
Cili merah
Bawang putih
Bawang merah
1 biji buah keras

Sedikit air / santan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secubit

Cara membuatnya:-
Masukkan sedikit minyak di kuali, setelah panas masukkan udang kering di goreng sehingga wangi kemudian terus dimasukkan serai, kacau sentiasa sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan (B) dan garam secukupnya terus menumis sehingga bahan-bahan (B) masak.
Masukkan sedikit sos ikan, terus dikacau sehingga sebati.
Masukkan sedikit air dan dikacau lagi dan matikan api.
Bubuh diatas terung dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih hangat.   

American Breakfast

Bahan-bahan:-
Kacang merah light sos tomato

Ubi Kentang - digoreng ( untuk mendapatkan crispy goreng sebanyak 2x, maksudnya diangkat kemudian digoreng semula.  Setelah digoreng bolehlah ditaburkan garam. lada sulah & serbuk perasa.

Sausage ayam - dikelar-kelar, jangan putus ( rebuskan bersama air, lada sulah, sedikit kicap cair yang berkualiti, bawang putih dan halia di ketul )    

Telur - gunakan acuan untuk menggoreng telur, sapukan sedikit minyak pada sekeliling acuan.  Panaskan nonstick pan dan masukkan sedikit minyak untuk menggoreng telur.  Setelah telur boleh ditanggalkan dari acuan, masukkan air secukupnya dan tutup hingga telur masak sepenuhnya.

Hidangkan bersama roti bun.

Saturday 3 March 2012

Chocolate Peppermint Cake

 Source: Mat Gebu
Bahan-bahan:-
150gm mentega
140gm tepung naik sendiri **
1 camca besar susu tepung ** ( bahan ** digaul rata dan diayak )
3 biji telur Grade A ( Ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja ) - Kim guna telur saiz C ( Kim ambil 4 kuning dan 2 1/2 putih sahaja )
120gm gula halus ( Kim - tidak perlu dikurangkan )
1/2 camca besar ovallate
15gm gliserin + 10gm air ( Kim juga gantikan dengan 25ml susu segar )
1 camca besar serbuk koko *
1 camca teh coklat emulco *
1/2 camca teh esen vanila * 
3 camca besar air panas * ( bahan * disatukan dan kacau hingga menjadi pes )
Sedikit pewarna hijau
3 titis perisa pudina ( Kim - lain kali dan masukkan lebih sedikit )

Cara membuatnya:
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8" dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.  Ketepikan.
Putar mentega hingga kembang dan gebu.  Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.  Ketepikan.
Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi.  Perlahankan kelajuan, masukkan tepung dan mentega yang telah di putar kembang sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi (susu segar).  Putar rata.
Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian, 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata.  Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga.
Sudukan 1/2 camca besar pewarna coklat, kemudian letak 1/2 camca besar pewarna hijau, buat berselang-seli hingga habis.
Bakar selama 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing-masing.
Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...........

(Nota Kim : Bak kata En. Mat Gebu, kek ini lembab, lembut dan segar kerna ada perisa pudina, bagi bukan pengemar pudina tak dapatlah merasa!!, Kim amat suka pada semua herbs jadi lain kali nak lebihkan sedikit lagi perisa pudina...tiada masalah boleh mencuba...kan...)  

Buncis Rampai Tumis Cili

Bahan-bahan:-
Kacang buncis, dipotong menyerong
Telinga gajah, direndam hingga kembang dan dipotong, buangkan bahagian
yang keras
Lobak merah disagat
Fucuk, direndam dan dipotong memanjang
Halia sedikit dihiris memanjang
Garam secukupnya
Sos tiram
Sos ikan ( jika perlu )
Minyak menumis
Air sedikit 

Bahan rempah dikisar halus:
5 biji Cili merah
3 biji Bawang putih
5 biji Bawang merah  
1 biji buah keras
1 batang serai
Udang kering ( optional ) direndam kemudian disangai

Cara membuatnya:-
Panaskan sedikit minyak dikuali untuk menumis rempah. Setelah minyak panas masukkan rempah dan terus menumis sehingga wangi.  Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
Masukkan lobak merah dan sedikit air kacaukan sebentar sehingga layu.  Masukkan telinga gajah dan terus mengacau lagi.  Masukkan buncis dan fucuk dan terus mengacau sehingga sayuran masak.
Angkat dan hidangkan.

Ayam Burma



Source: Mat Gebu
Bahan-bahan:-
500g ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan**
3 camca besar sos tiram**
1/2 camca teh serbuk kunyit** (disatukan, gaul rata dan perah 20 minit) - Kim guna kunyit hidup ditumbuk halus dan campurkan sedikit serbuk kunyit 
1 camca besar rempah kari daging Baba's
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, dibelah 4
2 biji ubi kentang, dibelah baji - resipi asal tak ada Kim tambah   
15 helai daun pudina
Secubit gula

Bahan kisar halus:-
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

Cara membuatnya:-
Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam dan ubi kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
Tuangkan air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula.  Kacau dan masak hingga pekat. 
Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap.
Rasa dan jika ok boleh matikan api.  Hidangkan bersama nasi hangat & roti sedap jugak.......  

(Nota Kim - tidak pedas bagi yang gemar masakan yang pedas tentu tidak menyukainya, walaupun tidak pedas masakan ini sangat enak sebab bahan-bahan yang digunakan amat mudah dan yang penting sekali tiada santan....cubalah tak mengecewakan pasti menjilat jari anda).