Saturday 31 December 2011

Ikan Kembung Sambal Serai Belacan

By: Kim
Bahan-Bahan:
Ikan Kembung, bersihkan dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit - digoreng masak dan ketepikan

Bahan sambal diblend kasar dan tapiskan air:
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Cili api hijau
Buah Keras
Belacan sedikit
Garam secukup rasa
Air sedikit

Air sedikit dari bahan yang diblend dan tapiskan
Minyak sedikit untuk menumis sambal  

Moist Chocolate Cake

  
Source: Mat Gebu / Jun
Bahan-bahan:
1 cawang tepung kek / tepung gandum* ( Kim guna tepung gandum )
1 camca teh serbuk penaik* ( * digaul dan ayak 3 kali )
1 cawan gula perang ( soft brown sugar )
2 biji telur Gred A
125g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair* ( *disatukan hingga menjadi pes coklat ) ( Kim tak ada susu cair, Kim guna Fresh milk )

Bahan Coklat Ganache:
200g coklat masakan
150ml UHT Whipping cream ( boleh digantikan dengan susu cair 100ml )
1 camca teh mentega

Cara membuatnya:
Panaskan oven pada suhu 175C.  Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.  Ketepikan.
Pukul mentega dan gula perang hingga putih.  Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berselang-seli dengan pes coklat hingga habis.  Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin.  Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit.  Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka.

Untuk Ganache:
Satukan coklat dan UHT whipping cream dalam mangkuk tahan panas.
Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dan bolehlah dituang atas kek coklat tadi.
Biarkan coklat sedikit mengeras dan bolehlah dihias ikut kreativiti anda.

( Nota Kim - kek rasa manis sedikit pada tekak Kim, lain kali nak guna coklat semi sweet dan tersilap guna acuan yang besar sedikit ingatkan senang nanti nak pipe butter cream.  Sebab itu kek Kim tak cantik rendah sahaja.  Walau bagaimanapun kek lembab dan sedap ).  
  



Nasi Lobak Merah Berdaun Pisang

 By : Kim
Leftover daun pisang

Cempedak Goreng

By : Kim
Bahan salutan:
Tepung beras
Tepung ubi sedikit
Garam sedikit
Serbuk kunyit
Margarine
Air secukupnya

Cempedak
Minyak goreng terendam


Sayur Campuran Dengan Telinga Gajah

By: Kim 
Bahan-bahan:
Carrot
Capsicum merah
Capsicum kuning
Capsicum merah
Broccoli
Telinga gajah

Bahan tumis:
Bawang putih panggang cincang kasar

Bahan sos:
Sos tiram
Sos ikan sedikit
Garam secukup rasa

Minyak sedikit untuk menumis


Kueh Teow Goreng Fishballs

By : Kim

Bahan-bahan:
Kueh Teow
Taugeh
Daun Kuchai
Fishballs
Cili merah
Telur jika suka

Cincang halus:
Bawang putih

Bahan sos - disatukan:
Sos Tiram
Kicap pekat
Kicap cair
Sos Ikan sedikit
Ayam kiub sedikit
Serbuk Lada Sulah

Minyak sedikit untuk menumis bawang putih

 



Friday 30 December 2011

Koci Pulut Hitam

 

















Source : Ayu

Bahan untuk inti kelapa:
250g kelapa parut yang putih
160g gula melaka
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
sedikit garam
2 sudu besar tepung gandum (diayak sedikit)

Cara-cara:
Masukkan kelapa parut, daun pandan disimpul, garam dan air gula melaka dan didihkan atas api.
Bila adunan sudah agak pekat masukkan tepung gandum (tabur-taburkan sikit supaya tidak bergentel.
Masak hingga agak pekat tapi jangan sampai kering, lembab-lembab gitu.
Angkat dan sejukkan.  Bila dah sejuk buat bulat-bulat kecil, ketepikan.

Bahan untuk Doh:
300g tepung pulut
110g tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air (anggaran - Kim guna 1 cawan dihabiskan dan 1/2 cawan tu dalam 5 sudu besar, atau semasa mencampurkan 1/2 cawan itu berhati-hati jangan curah kesemuanya).
1/2 cawan santan pekat 
sedikit garam

Minyak masak secukupyna untuk disapukan diatas daun pisang.
Daun pisang - dilayurkan dan lap bersih barulah di sapukan minyak diatas daun pisang

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan doh, dengan air masukkan sedikit-sedikit dulu dan uli sampai tak melekat di tangan.
Lumurkan daun pisang dengan minyak, mesti berminyak supaya bila masak tak melekat didaun pisang.
Dengan tangan yang berminyak, ambil segenggam doh dan letakkan diatas daun pisang tadi.
Buat lekuk ditengah doh tadi, tapi jangan terlalu dalam, agak-agak aje.  Bubuh inti yang telah digentel bulat tadi kedalam lubang doh.  Tutup dan bulat-bulatkan.  ( Kim buat macam onde-onde).
Terbalikkan permukaan yang ditutup tadi dan ratakan sedikit supaya dia leper dan sapukan minyak masak lagi.  Lipat daun pisang seperti membungkus nasi lemak. Ulangi step yang tadi hingga kuih koci habis dibungkus.
Letakkan didalam kukusan dan kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
(Nota : Kim panaskan pengukus dulu dalam 3 minit)  

     

Saturday 24 December 2011

Mee Goreng Kicap ( Kering )

 Source: Kim

Tart Prune

 Source : Kak Hanieliza's / Mamafami's
Ingredients:
150g Butter
150g Margarine
150g Castor Sugar ( Kim used 60g )
1 egg ( Kim used size C )
1 teaspoon vanilla essence ( Kim omitted )
50g cornflour - sifted
50g custard powder - sifted
350g flour - sifted
100g pitted prune - sliced

Method:
Cream butter, margarine and castor sugar.
Add in egg and continue beating.  Add vanilla essence.
Add in dry ingredients till soft dough is formed.
Roll 1/4 of the dough to about 1/2cm thick.
Cut using a small scone cutter.
Brush with some egg yolk mixed a bit of yellow colouring.
Place a piece of sliced prune.  Wrap just the bottom part of the prune.
Arrange on baking tray.
Bake for 20-25 mins in preheated oven at 170 C.

Friday 23 December 2011

Sambal Petai Ikan Bilis

                         (Source : Kim) 

Bahan-Bahan:
Petai dibelah dan bersihkan
Ikan bilis cuci bersih

Bahan-bahan blend:
Cili kering
Cili merah
Bawang putih sedikit
Bawang merah lebihkan
Belacan
Buah keras sedikit

Dihiriskan:
Bawang Merah besar

Garam secukupnya
Gula perang / gula putih sedikit
Minyak goreng sedikit

Cara-cara:
Gorengkan ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Tumiskan petai sebentar masukkan bawang merah dihiris dan terus menumis hingga bawang merah layu, angkat dan ketepikan.
Gunakan sedikit minyak tadi dan tumiskan bahan-bahan blend hingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan petai, garam dan gula secukupnya.  Gaulkan sehingga sebati dan angkat dari api ketepikan.
Setelah sejuk masuk ikan bilis yang digoreng tadi dan kacau sehingga sebati.
Angkat dan hidangkan.

(Nota:  Kim tidak masukkan air asam jawa, jika suka boleh masukkan air asam jawa setelah bahan blend pecah minyak)





Ayam Goreng Berempah Wangi

Source: Kim
Ingredients:
Chicken Drumsticks / Wings / or any chicken parts

To blend as a paste:
Garlic
Ginger

To marinate and mix together:
Dark soya sauce
Light soya sauce
Fish sauce little bit
Pepper powder
Traditional herba powder (Rempah wangi)
(Salt can be added if not enough)  

Enough Oil for deep frying

Method:
Cleaned chicken and marinate with garlic ginger paste and all the sauces for 1 hour or more.
Deep fry the chicken until cooked and tender.
Serve with plain rice or nasi ayam. 


Sunday 18 December 2011

Muffin Yoghurt

Source: IzahDaut / Nazrah  
( Lembut dan lembab )
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum ( Kim guna self raising flour )
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat ( Kim tidak letak sebab guna self raising flour )
3/4 sudu kecil baking powder ( Kim tidak letak .................)
1/2 sudu kecil garam ( Kim terlupa nak letak )
1 cawan yoghurt plain @ perasa
2 biji telur ( Kim guna size C )
2/3 cawan gula kastor
100ml minyak sayur @ butter cair ( Kim guna minyak jagung )
1 sudu kecil essence vanila ( Kim - lain kali tak nak letak )
1 sudu kecil strawberry paste ( Kim guna coklat paste )
5-7 biji strawberyy size sederhana ( Kim bubuh sedikit raisin cincang )

Cara-caranya:
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati.  Ketepikan.
Satukan pula yoghurt, telur, gula, minyak, essence vanilla dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yoghurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul-ketul asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup ( Kim guna sudu ice-cream dan masukkan 2 sudu ) dan bakar pada suhu 180C selama 25-28 minit.





Sunday 11 December 2011

Terung Belacan Limau Purut

Source : Kim
Bahan-bahan:
Terung

Bahan kisar:
Bawang putih
Bawang merah
Cili merah
Serai
Belacan

Bahan tumbuk kasar:
Cili merah
Sedikit cili api

Daun Limau Purut - dihiris
Garam secukup rasa
Air sedikit
Minyak sedikit




Karipap Rangup

 
Source : MyStyleMyWay / Along Roz
(some adjustment by Kim)
Ingredients:
500g Plain Flour
50g Rice Flour
50g Tapioca Flour
1 tbsp Sugar (Kim omitted)
1 tsp Salt
* 2 1/2 tbsp Margarine  > * heat up together
* 1/4 cup Oil                 > *
Water 

Method:
Mix all the dry ingredients together.  Add in hot oil mixture well - used ladle or spoon to mix then use your finger tips to make like breadcrumbs.
Pour in water gradually, just enough to form required dough. Do not over knead the dough.
Divide dough into small balls.  Flatten it and fill with preferred filling then plait neatly.  
Repeat with all.
Deep fry until crispy.

(Kim : this dough is easy to plait) 
(Note : You can half cooked and freeze for later consumption)  

Jemput-Jemput Beryis

 
















Source: Kim

Bahan-bahan:
Tepung gandum diayak
Sedikit Yis
Sedikit susu fresh milk
Air
Kiub ayam
Garam secukupnya
Cili dicincang
Bawang besar dihiris
Daun Bawang dihris
Bawang putih dicincang
Halia dicincang
Ikan bilis / Udang kering direndam dan dicincang kasar
Minyak menggoreng secukupnya

Saturday 10 December 2011

Popia Manis

 Source : Kim

This snack is very easy to made but time consumed. 



Choc-Chip Orange Cupcake

 Source: Cheah - No Frills Recipes
Ingredients:
8 oz butter ( Kim used 227gm)
6 oz sugar ( Kim used 160g castor sugar )
280gm plain flour + 2 tsp baking powder ( Kim used Self Raising Flour)
4 eggs ( Kim used small eggs )
5 1/2 Tablespoons orange juice
4 teaspoon orange rind
100gm choc-chips ( Kim used raisins 1 packet )
Pinch of salt ( Kim omitted )

Method:
Sift the plain flour with baking powder and salt, set aside.
Cream the butter, sugar and orange rind till light, fluffy and creamy.
Add in eggas one at a time, mix well.
Fold in sifted flour alternatively with the orange juice.
Add in the choc-chips, mix thoroughly, scraping from the
bottom and sides of the mixing bowl.
Line a patty tin with cupcake liners and spoon over tbe batter.
Bake in a preheated oven @ 180 deg C and bake for about
20 - 25 minutes, or till golden brown.
Test with a skewer till it comes out clean.
Remove from oven and let cool in pan for about 10 minutes, before removing from pan and let cool completely on a wire rack.
Serve. 

Ayam Sos Siam

 Source : Ummi / Azlita
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan Kisar:
15 tangkai cili padi thai ( Kim guna lebih sebab nak pedas lagi )
4 ulas bawang putih
Daun limau purut dan daun kunyit ( Kim juga buat sama macam Ita )

1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ( Kim juga buat sama macam Ita )
1 batang serai - dititik ( Kim juga buat sama macam Ita )
Sedikit Gula ( Kim tidak letak )
1 kiub ayam ( Kim juga buat sama macam Ita )
minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.  Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.  Angkat dan toskan dan ketepikan.

Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar, bahan kisar dan serai hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sedikit, jangan api jangan terlalu besar nanti hangus.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.  Seimbangkan rasa - Kim tidak letak garam dan gula kerna semua dah secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
       

Baby Doughnuts

 



















Source : Ros Jintanmanis / Along Roz / Nor
( Very yummy soft and kept well until the next day - Thumbsup to those who contribute this recipe especially Ros Jintanmanis ) 

Ingredients:
250g Plain Flour  ( Kim used Superfine Flour )
80g Sweet Potato / Potato - steamed & mashed ( Kim used sweet potato weighed then steamed )
2 Tablespoons Milk Powder
1 Grade B Egg - lightly beaten
90ml Warm Water / Fresh Milk ( Kim used fresh milk )
1 1/2 tablespoons Margarine
2 tablespoons Sugar ( Kim used castor sugar )
4g / 1 1/2 teaspoon Instant Yeast
Method:-
Mix all and knead for 8 - 10 minutes. ( Kim - If hand are sticky coat with some flour not too much ).
Cover and rest until doubled-up.
Punch the dough and divide into small balls ( Kim - punch and throw the dough into the basin ).
Shape it into doughnuts.
Arrange on a tray and let it rise and doubled-up.
Deep fry until golden in color.
Coat with sugar of chocolate ( Kim - coat with icing sugar and cinnamon powder ).

Note : Tips frm HomeKreation: For colorful topping, i used white chocolate and colour it as you like.  Use warm jam for filling and inject through the doughnuts.






Sunday 4 December 2011

Popia Goreng

 Source: Kim
 


Bahan-bahan:
Kulit popia

Bahan-bahan inti:
Sengkuang diparut
Lobak merah diparut
Bawang merah besar dihiris
Bawang putih dicincang
Sedikit serbuk lada sulah

Sos tiram vegetarian
Sos ikan sedikit
Kuib ayam sedikit
Air sedikit
Tepung jagung sedikit untuk memekatkan
Sedikit minyak untuk menumis  

Tumis bawang putih dan bawang merah besar sehingga layu dan wangi.
Masukkan sayuran, lada sulah, dan sos campuran dan gaul sehingga sebati.
Jangan terlalu masak setelah layu sedikit boleh diangkat.
Perah lebihan air dan sejukkan inti sebelum dibungkus.

Panaskan minyak dan goreng sehingga popia kekuningan.
Angkat dan toskan.
Bolehlah dihidangkan dengan sos cili jika suka.
  











Sayur Bendir Goreng


Bahan-bahan:
Bendir dibersih dan potong serong
Bawang merah besar dihiris
Bawang putih dicincang
Halia sedikit dihiris
Tomato dihiris
Sedikit sos ikan
Garam secukup rasa
minyak sedikit untuk menumis

Cara-cara:
Masukkan minyak sedikit di dalam kuali.
Masukkan bawang putih, bawang merah besar dan tumis hingga layu dan wangi.
Masukkan halia, tomato dan bendir dan kacau sehingga masak dan tidak berlendir lagi.
Tak perlu masukkan air.

Ayam Masak Cili Cincang

Source: Kim  



















Bahan-bahan:
Ayam dibersih potong kecil, sapukan garam dan serbuk kunyit, perahkan sebentar
(Kemudian gorengkan ayam sehingga separuh masak)

Bahan-bahan tumis:
Cili merah hidup dicincang
Bawang merah kecil dicincang
Bawang merah besar dicincang
Bawang putih dicincang
Halia sedikit dicincang
Tomato dicincang
Buah keras dicincang halus (jika nak pekat lebihkan dalam 2 1/2 biji / 1 biji)
Daun bay
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bawang putih digoreng dan ketepikan (guna minyak yang telah digoreng ayam tadi)
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tumiskan bawang putih, merah dan besar sehingga wangi.  Masukkan daun bay, cili merah, halia dan tomato dan kacau sentiasa sehingga layu.  Masukkan garam, ayam dan kacau lagi.
Masukkan air secukupnya dan masak sehingga ayam empuk.
Masak sehingga pekat dan masukkan bawang putih goreng tadi dan gaul sebati dan bolehlah diangkat.  Hidangkan bersama nasi putih panas.