Saturday 17 March 2012

Nasi Lemak dan sambal ikan bilis


Kek Karamel Coklat Moist

Resepi: Atulnona Abdullah dan Munira Baharum FB
Source: MLong FB & Izah / Copy source dari : K Nor
Bahan Karamel:-
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
* ratakan pada loyang supaya nanti kek yang dah siap tak melekat bila dikeluarkan dari loyang

STEP 3: (source K Nor)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ( Kim jugak letak 1/2 cawan tapi dan penuh sangat )
1 sudu teh esen vanila ( Kim jangan kurangkan supaya tidak berbau telur ) 
3 biji kuning telur ( Kim juga mengguna 2 biji kuning telur *
2 biji telur ( putih dan kuning ) ( Kim jugak guna 3 biji ( putih dan kuning )
Atau
(Bahan B) STEP 3:
1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
* ( Kalau nak karamelnya tebal, tambahkan susu cair dan kuning telur )

STEP 4:
Kacau perlahan dan tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Bakar karamel secara "steam bake" pada suhu 180'c selama 15 minit.

Sementara itu, siapkan bahan kek chocolate moist.

Bahan A:
1 cawan serbuk koko  ( Kim jugak mengguna 1/2 cawan serbuk koko )
1 cawan susu cair ( Kim tambahkan sedikit susu segar sebab susu cair dah habis )
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak / jagung

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum ( Kim jugak guna 1 cawan )
1 sudu teh soda bikarbonat ( Kim jugak guna secubit jer )
1 sudu teh baking powder
* semua bahan-bahan diatas di ayakkan ( Kim mengayak 2x )  

Bahan C:
4 biji telur ( Kim guna saiz C ) - dipukul dengan whisk atau blend - ( Kim jugak guna 3 biji telur + 2 putih dari lebihan puding karamel)

Cara-caranya:
Satukan bahan B dan bahan C kedalam bahan A secara berselang-seli dan gaul sebati dengan whisk atau senduk.
Tuangkan adunan kedalam loyang karamel tadi.
Bakar secara "steam bake" pada suhu 180'c selama 1 jam atau sehingga masak .... bergantung kepada oven masing-masing.....
Dah masak, biar kek sejuk atau sehingga kek meregang baru diterbalikkan kek.  Sedia dihidangkan.

(Nota Kim - "steam bake" maksudnya dibawah acuan kecil diletakkan 1 lagi acuan yang besar sedikit kemudian masukkan air sedikit, selepas itu acuan kecil ditindih pada acuan besar dan pastikan acuan besar itu tidak terlalu besar kerana apabila kita masukkan acuan kecil itu kita tak nak acuan itu bergoyang sebab nanti kek menjadi senget pulak)  



Kari Ubi Kentang



Bahan-bahan:
2 biji Ubi Kentang - dikupas kulit dan potong memanjang (boleh digorengkan sebentar kemudian toskan dan ketepikan)
2 biji tomato - dipotong memanjang

Bahan tumisan:
Daun kari
1 biji bawang besar yang bersaiz kecil - dicincang
1 ulas bawang putih dicincang kasar

1 1/2 sudu besar Rempah kari ikan - dicampurkan dengan sedikit air, kacau sebati

Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air secukupnya (jika nak pekat tidak perlu mengguna banyak air

Caranya:-
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumis sehingga layu masukkan daun kari dan terus mengacau sehingga wangi.  Masukkan rempah kari ikan dan kacau sehingga sebati diikuti dengan tomato dan terus mengacau lagi selama 5 minit.

Masukkan ubi kentang dan sedikit air kacau sehingga rata biarkan sebentar.  Masukkan garam secukupnya.  Sesekali kacaukan dan biarkan sehingga ubi kentang empuk dan boleh dimatikan api.