Friday 30 December 2011

Koci Pulut Hitam

 

















Source : Ayu

Bahan untuk inti kelapa:
250g kelapa parut yang putih
160g gula melaka
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
sedikit garam
2 sudu besar tepung gandum (diayak sedikit)

Cara-cara:
Masukkan kelapa parut, daun pandan disimpul, garam dan air gula melaka dan didihkan atas api.
Bila adunan sudah agak pekat masukkan tepung gandum (tabur-taburkan sikit supaya tidak bergentel.
Masak hingga agak pekat tapi jangan sampai kering, lembab-lembab gitu.
Angkat dan sejukkan.  Bila dah sejuk buat bulat-bulat kecil, ketepikan.

Bahan untuk Doh:
300g tepung pulut
110g tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air (anggaran - Kim guna 1 cawan dihabiskan dan 1/2 cawan tu dalam 5 sudu besar, atau semasa mencampurkan 1/2 cawan itu berhati-hati jangan curah kesemuanya).
1/2 cawan santan pekat 
sedikit garam

Minyak masak secukupyna untuk disapukan diatas daun pisang.
Daun pisang - dilayurkan dan lap bersih barulah di sapukan minyak diatas daun pisang

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan doh, dengan air masukkan sedikit-sedikit dulu dan uli sampai tak melekat di tangan.
Lumurkan daun pisang dengan minyak, mesti berminyak supaya bila masak tak melekat didaun pisang.
Dengan tangan yang berminyak, ambil segenggam doh dan letakkan diatas daun pisang tadi.
Buat lekuk ditengah doh tadi, tapi jangan terlalu dalam, agak-agak aje.  Bubuh inti yang telah digentel bulat tadi kedalam lubang doh.  Tutup dan bulat-bulatkan.  ( Kim buat macam onde-onde).
Terbalikkan permukaan yang ditutup tadi dan ratakan sedikit supaya dia leper dan sapukan minyak masak lagi.  Lipat daun pisang seperti membungkus nasi lemak. Ulangi step yang tadi hingga kuih koci habis dibungkus.
Letakkan didalam kukusan dan kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
(Nota : Kim panaskan pengukus dulu dalam 3 minit)