Saturday 26 November 2011

Udang Goreng Berempah Kari

Bahan-bahan:-
Udang yang besar dibersih dan belah belakang

Bahan-bahan untuk digaulkan pada udang
Bawang putih >
Halia              > ditumbuk halus
Serbuk Kari Ikan secukupnya
Garam secukup rasa
Gula (jika suka)
Biji jintan putih 
Tepung beras secukupnya

Bahan-bahan dihiris:-
Bawang besar
Cili kering di potong serong
Bawang putih
Halia
Daun kari
Minyak secukupnya

Cara-cara:-
Goreng udang yang telah digaulkan dengan paste bawang putih dan halia, jintan putih, garam dan tepung beras.  Buangkan lebihan tepung barulah dimasukkan pada minyak yang panas.  Goreng hingga udang mengecut (sekejap sahaja jangan terlalu lama) dan angkat.  Toskan minyak. 

Keluarkan lebihan minyak menggoreng udang tadi dan simpankan sedikit minyak untuk menumis bahan hiris. 

Masukkan sedikit minyak tadi, setelah minyak panas masukkan bawang putih, bawang besar, halia, cili kering dan daun kari.  Tumis hingga bahan-bahan mengecut dan matikan api.

Masukkan udang yang digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan tumis tadi sehingga rata.

(Jika ingin basah sedikit, masukkan sos tiram, serbuk rempah kari dengan sedikit air dan kacau rata, tumis dengan bahan hiris tadi hingga sos masak dan biarkan sejuk sebentar kemudian bolehlah digaulkan dengan udang tadi).