Saturday 4 February 2012

Kari Tulang Kambing


Sambal Seafood Berpetai


Bahan-bahan:
Udang dibersih dan belah tengah buangkan bahagian .....
Kerang dibersihkan, dicelur masak dan kupas
Petai dibersihkan dan belah bagi memastikan tiada ulat

Bahan-bahan diblend:
Cili kering
Buah keras
Bawang merah
Bawang putih
Belacan

Bawang besar - dimayang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit gula
Air asam jawa

Ayam Shah Jahan

Resipi asal: Chef Asma Laili / sumber: Ummi
Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit/garam dan ketepikan
5 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
5 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus
2 sudu makan pes halia/bawang putih (Kim - untuk dijadikan pes halia/bawang, sukatan untuk bahan mestilah sama dan blendkan sehingga halus)  
2 sudu makan pes tomato
3 biji tomato, didadu kecil
2 pokok daun ketumbar
1 genggam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cawan minyak sapi
1/2 cawan minyak jagung
Garam secukup rasa

Bahan B - diblend hingga halus:
1/2 cawan yoghurt
5 biji badam ( Kim tiada stock )
5 biji gajus ( Kim tiada stock )
1/4 sudu teh koma-koma ( Kim tiada stock )
Air sedikit 

Cara memasak:
Panaskan minyak jagung dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.  Angkat dan ketepikan.
Tambahkan minyak sapi kepada minyak jagung dan biarkan panas.  Tumis buah pelaga dan kayu manis sehingga wangi.
Masukkan bawang dadu dan lada hijau.  Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu.
Kacau setiap masa sebab bawang cepat menguning.
Masukkan pes halia/bawang putih dan tumis lagi sehingga wangi.
Masukan pula pes tomato dan tumis selama 2-3 minit.
Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina.  Tumis selama 10 minit.  Kacau setiap masa.  Ini akan membantu memecahkan buah tomato.
Masukkan rempah kari dan tumis selama 10 minit lagi.
Kemudian masukkan bahan B dan garam.  Tumis lagi sampai keluar minyak.  Masa ini kuah menjadi pekat jadi tambahkan sedikit air dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Balik-balikkan selama 5 minit sahaja.  Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar minyaknya naik.
(Nota : Masakan ini terasa daun pudinanya, bagi bukan penggemar daun pudina pasti tidak menyukai).  

Peria Katak Tumis Tauchu Ikan Bilis


Bahan-bahan:
Peria dibersih dan buangkan bahagian tengah
(Masukkan air secukupnya setelah mendidih masukkan peria tadi sehingga peria lembut dan masak , angkat dan ketepikan)

Cili merah - dihiris
Ikan bilis - direndam sebentar
Tauchu Biji - direndam, buangkan air masin
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Kuib ayam sedikit
Bawang putih - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Minyak menumis

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng ikan bilis, setelah garing angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi (sedikit sahaja untuk menumis rempah), setelah minyak panas masukkan bawang putih dan merah dan tumis sehingga garing, masukkan tauchu biji, cili merah dan terus dikacau sehingga sebati.
Masukkan ikan bilis dan kacau lagi, kemudian masukkan air sedikit. Setelah mendidih masukkan peria dan garam secukup rasa.  Setelah dikacau sebati bolehlah diangkat dan hidangkan.

Nasi Tomato Simple Tak Cukup Bahan

Bahan-bahan:
Beras Basmathi ( dicuci bersih dan rendamkan sebentar )

Santan sedikit ( Kim mengguna santan "Kara" )
Air sedikit ( mengikut sukatan cawan menyukat beras tadi )

Bahan tumisan:
Minyak sapi ( Kim tiada stock guna mentega )
Bawang merah - tumbuk ( Kim tiada stock bawang besar, kalau ada dimayang ) 
Biji pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis ( Kim tiada stock )
Daun bay
Garam secukup rasa

Pes tomato
Sedikit Garam Masala

Cara:
Tumiskan rempah diatas sehingga wangi, masukkan pes tomato, garam masala, garam dan teruskan mengacau sehingga sebati.
Masukkan beras dan dikacau sehingga rata.  Masukkan air dan boleh ditanak beras tadi sehingga masak.


  


Petola Tumis Telur

Bahan-bahan:
Petola - bersih dan buangkan kulit
Suh Hoo - direndam
Telur tak perlu dipukul
Bawang putih - ditumbuk
Garam secukup
Minyak menumis sedikit
Kuib ayam - jika suka


Lamb Rendang


Source: Famous Cuisine
Ingredients:
200g grated young coconut
Stir-fry the grated coconut into preheated wok without oil over low heat until aromatic and golden in colour then blend/pound for "Kerisik", remove and leave aside.
Ingredients (A):
600g lamb
2 tbsp yoghurt
1 stem lemongrass
3 blades pandan leaves
3 blades kaffir lime leaves (finely sliced)

Ingredients (B):
3 tbsp meat rendang powder
1 tsp turmeric powder

Pounded ingredients:
3 garlic cloves
50g shallots
1 small piece (4cm) fresh ginger
2 stems lemongrass
3cm fresh galangal
2 tbsp coriander seeds
15 dried chillies (soaked)
12 nos. candlenuts (soaked)
50ml water

3 tbsp cooking oil

Spices: 
1 star anise
3 cardamons
1 stalk cinnamon stick
2 stalks curry leaves

500ml thick coconut milk
1.5ml (1500ml) water

Seasoning:
2 tsp salt
2 tsp caster sugar ( Kim omit )

Method:
Place all pounded ingredients into food processor, blend it into smooth paste, dish out, combine with meat rendang powder and turmeric, mix well.
Heat up 2 tbsp oil, stir-fry the pounded spcies paste at medium heat until fragrant, dish out and keep aside.
Cut lamb into small pieces, season with the stir-fried rendang spices paste and yogurt, marinate for 1 hour.
Heat up 2 tbsp cooking oil, saute spices over low heat until fragrant, add water, coconut milk, pandan leaves and marinated lamb pieces, cook at medium heat until boiling.
Lower the heat and continue simmer for approximately 2 hours until the lamb pieces are tender and the curry gravy is slightly thicken, discard pandan leaves. (Constantly stir it during simmering to prevent sticking or burning).
Lastly, add in prefried "Kerisik", kaffir lime leaves and seasoning, stir well.  Remove from heat, serve hot. 

Bingka Suji

  

Sumber: Anim & AlongRoz, Ummi Kuantan
Loyang Bulat 8" / Acuan Kuih Kemboja / Loyang empatsegi / Acuan Silikon
( Kim - Pastikan acuan di sapu dengan minyak kemudian panaskan acuan sebentar barulah dituangkan adunan )
Bahan-bahan:
3 biji Telur
110g Gula Pasir ( Tak perlu kurangkan )
160g Tepung Suji
250ml Santan Pekat ( Kim mengguna santan Kara )
1 sudu teh pes pandan
1/4 sudu teh garam
435ml Air ( Kim blend dengan 10 helai daun pandan )
90g Mentega
30g Tepung Gandum 

Cara-cara:
Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
Masukkan ke dalam periuk dan campurkan tepung suji, santan, pes pandan, garam dan air daun pandan.
Masak dengan api sederhana sehingga pekat seperti bubur.  Kacau selalu.
Tutup api dan campurkan mentega dan tepung sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam tin yang diminyakkan dan bakar 190C selama sejam.
Gunakan fungsi "grill" untuk 5 minit terakhir untuk extra garing.
Sejukkan sebelum dipotong.
 ( Nota : rasa seperti menggigit kekacang pada "kerak" ditepi, bagi pengemar suji cubalah sangat mudah )