Saturday 4 February 2012

Ayam Shah Jahan

Resipi asal: Chef Asma Laili / sumber: Ummi
Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit/garam dan ketepikan
5 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
5 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus
2 sudu makan pes halia/bawang putih (Kim - untuk dijadikan pes halia/bawang, sukatan untuk bahan mestilah sama dan blendkan sehingga halus)  
2 sudu makan pes tomato
3 biji tomato, didadu kecil
2 pokok daun ketumbar
1 genggam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cawan minyak sapi
1/2 cawan minyak jagung
Garam secukup rasa

Bahan B - diblend hingga halus:
1/2 cawan yoghurt
5 biji badam ( Kim tiada stock )
5 biji gajus ( Kim tiada stock )
1/4 sudu teh koma-koma ( Kim tiada stock )
Air sedikit 

Cara memasak:
Panaskan minyak jagung dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.  Angkat dan ketepikan.
Tambahkan minyak sapi kepada minyak jagung dan biarkan panas.  Tumis buah pelaga dan kayu manis sehingga wangi.
Masukkan bawang dadu dan lada hijau.  Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu.
Kacau setiap masa sebab bawang cepat menguning.
Masukkan pes halia/bawang putih dan tumis lagi sehingga wangi.
Masukan pula pes tomato dan tumis selama 2-3 minit.
Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina.  Tumis selama 10 minit.  Kacau setiap masa.  Ini akan membantu memecahkan buah tomato.
Masukkan rempah kari dan tumis selama 10 minit lagi.
Kemudian masukkan bahan B dan garam.  Tumis lagi sampai keluar minyak.  Masa ini kuah menjadi pekat jadi tambahkan sedikit air dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Balik-balikkan selama 5 minit sahaja.  Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar minyaknya naik.
(Nota : Masakan ini terasa daun pudinanya, bagi bukan penggemar daun pudina pasti tidak menyukai).  

No comments:

Post a Comment