Sunday 13 November 2011

Serimuka Pandan

 Source: Chef Asma / Yatie / Ayu

Bahan-bahan Lapisan Bawah:
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam halus

Cara-caranya:
Rendam pulut sekurang-kurangnya selama 4 jam.
Basuh bersih dan toskan.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit (Kukus
dengan loyang yang berlainan tidak berlubang.  
Kukus dalam loyang yang nak dignakan dialas plastik wrap
dulu bubuh pulut dituangkan bahan diatas.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. 
Tekan dalam loyang 10 x 10 x 2".

Bahan-bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula halus
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan - diblender dengan air diatas, tapis dan ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
Sedikit pewarna hijau - secukupnya 

Cara-caranya:-
Satukan bahan-bahan A kacau rata dan masukkan bahan-bahan
B kacau hingga sebati. (Boleh juga diblender kesemuanya).
Tapis kedalam periuk dan masak.  Kacau hingga naik wap.Sekejap sahaja dalam 2-3 minit saja.  
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit.


Kim membuat 1/2 adunan diatas dan modified sikit saja 
Bahan-bahan Lapisan Bawah:
250g beras pulut
150ml santan pekat
150ml santan cair
1 tsp garam halus

Cara-caranya:
Rendam pulut sekurang-kurangnya selama 4 jam atau semalaman. Basuh bersih dan toskan.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit (Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang).  
Kukus dalam loyang yang nak digunakan dialas plastik wrap dulu dan sapu sedikit minyak pada plastik wrap then bubuh pulut dituangkan bahan diatas dan sehelai daun pandan dicarikkan.
Apabila pulut masak, gaul dengan garpu hingga sebati.  Buangkan daun pandan carik. 
Tekan dalam loyang kecil.

Bahan-bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
120g gula halus
50g tepung kastard
200ml santan pekat
200ml santan cair
10 helai daun pandan - diblender dengan santan cair diatas, tapis dan ketepikan

Bahan B
2 biji telur Grade C
Secubit garam halus
Sedikit pewarna hijau - secukupnya (Jika suka)

Cara-caranya:-
Satukan bahan-bahan A kacau rata dan masukkan bahan-bahan B kacau hingga sebati. (Boleh juga diblender kesemuanya).
Tapis kedalam periuk, masukkan sehelai daun pandan simpul dan masak.  Kacau hingga naik wap.
Sekejap sahaja dalam 2-3 minit saja.  Buangkan daun pandan simpul. 
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit.


Serimuka Pandan
Source: Mat Gebu
Bahan-Bahan Lapisan Bawah:-
300g beras pulut (Mat guna 350g, Kim juga menggunakan 350g) 
200ml santan cair (Mat lebihkan 2 camca besar - Kim jugak)
1 helai daun pandan disimpul
1 camca teh garam (Kim - kurangkan sedikit)

Bahan-Bahan Lapisan Atas:-
300ml santan pekat
3 biji telur (Mat guna Gred B)
4 helai daun pandan, potong kecil
180g gula pasir (Kim - tak perlu kurangkan)
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau

Cara-caranya:-
Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurangnya2 3 jam.  Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi.
Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan.  Bancuh santan dengan garam dan kacau rata.
Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan.
Kukus selama 25-30 minit.  Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, gunakan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat.  (Mat guna penekan kek lapis yang mat masukkan dalam plastik bersih).  Sambung kukus selama 10 minit lagi.
Sementara itu, untuk lapisan atas, Kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya.
Kemudian bancuh dengan semua bahan-bahan untuk lapisan atas (custard).
Kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas.  Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit.
Berhati-hati atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi (Kim masak 30-40 minit).
Biar kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk hidangan.