Sunday 9 October 2011

German cookies

Source: Rima

Bahan-bahan:-
125gm mentega SCS
125gm tepung kentang ** bertanda ** disatukan dan ayak kemudian ketepikan
80gm tepung halus (superfine flour)
40gm gula aising diayak

Cara-cara:-
Putar mentega dan gula aising hingga sebati.  Perlahankan kelajuan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
Rehatkan adunan sekejap.
Ambil sedikit adunan dalam 1/2 camca besar kemudian bulatkan dan susun diatas dulang pembakar.
Celup garfu dalam air dan tekas atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak.
Bakar dalam oven pada suhu 170oC selama 15 - 20 minit.

Biskut Koko Rangup


 Biskut Dahlia & Biskut Koko Rangup
Source: Hana / Yani
Biskut Koko Rangup
Loyang saiz 20 x 20cm

Bahan-bahan:- (Semua bahan-bahan bertanda ** diayak bersama)
210gm tepung gandum **
40gm serbuk koko **
120gm gula perang **
1/2 sudu teh serbuk kayu manis **
1/2 sudu teh baking powder **
1/4sudu teh garam @ secubit **
150gm mentega tanpa garam/butter biasa macam buttercup pun boleh

Cara-caranya:-
Potong mentega 1 cm, selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk.
Panaskan oven ke 17oC.  Alas dulang/acuan dengan oven paper.
Ayak semua bahan-bahan yang bertanda **.  Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk.  Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul seperti breadcrumbs.
Ambil 2/3 dari adunan tadi.  Masukkan kedalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.
Ambil adunan yang selebihnya tabur-taburkan keatasnya.
Bakar selama 25-30 minit suhu 170oC.
Potong memanjang 1 - 1.5cm ketika masih panas-panas.  Kemudian sejukkan sebelum di simpan dalam air tight container.

Source: Chef Hanieliza
Biskut Dahlia

Bahan-bahan:-
225gm mentega
100gm gula aising (diayak)
1 biji kuning telur Grade C
1/2 sudu teh esen vanilla

170gm tepung gandum ** Bertanda ** diayak bersama
120gm tepung kastard **
70gm tepung jagung **

Hiasan : Ceri merah secukupnya dipotong kecil

Cara-caranya:-
Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati, masukkan telur kuning dan esen vanilla, pukul rata.
Ayak kesemua tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran mentega tadi, kacau sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan kedalam acuan biskut dahlia dan tekankan diatas dulang pembakar yang telah di griskan,
kemudian hiaskan dengan potongan ceri merah.
Bakar dalam oven pada suhu 170oC selama 15 minit. Sejukkan apabila telah masak.
Biskut dibuat semasa Ramadhan semperna menyambut Hari Raya.

Puding Tembikai


Source: Yatie
7" loyang

10g Agar-agar plain / 15 g agar-agar
2 keping roti gardenia ** di blend halus
1/2 cawan susu pekat manis ** di blend halus
1 cawan susu cair ** (Boleh digantikan dengan air) - di blend halus
4 cawan air
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil esen vanilla
Bijan hitam / cincau di potong kiub serong-serong
Sedikit pewarna hijau/kuning atau hijau/merah  

Cara-cara:-
Masak agar-agar bersama gula dan air.  Hingga agar-agar dan gula hancur.
Sementera itu, rendam roti dalam susu cair dan carikkan.  Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis, blend halus.
Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.  Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
Ambil sediki adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikar), guna dalam 1 cawan sebagai kulit.  Biarkan keras sedikit.
Selepas itu sedikit lagi warna asal dalam 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi.  Biar keras sedikit.
Adunan selebihnya diwarnakan kuning, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.  Taburkan biji bijan hitam/cincau. Biar sejuk.  Simpan dalam peti sejuk.  


Pancake

Source: Mat Gebu / Hana
Bahan-bahan:-
3 sudu besar butter - dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder ( optional - tak letak tak apa, kalau letak lebih lembut)
1 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak tak apa

Cara-cara:-
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas, guna blender atau whisk tangan dan blend hingga sebati.
Biarkan adunan selama 10 minit.  (Kalau tak sabar tak payah tunggu hingga 10 minit).
Tuangkan 2 sudu adunan dalam kuali non stick yang telah dipanaskan.
Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih.
Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
Hindangkan semasa panas-panas.

Roti Goreng Rangup

Source: Hasue
Bahan-bahan:-
1 bungkus kecil roti gardenia dibuang tepi
2 cawan tepung gandum
21/2 cawan air
2 sudu makan margerine
1 sudu kecil garam dan gula (gula bukan untuk perasa sebagai pengilat kuih)
Sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning

Inti: Serikaya/ Tuna / Inti Ubi kentang (Karipap)

Didalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula.
Bancuh dengan air (guna whisk tangan lagi mudah) warnakan kuning dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya atau perisa pedas seperti tuna dan ubi kentang, potong mengikut citarasa nak cantik buang tepi kerak.
Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
Celupkan roti tadi kedalam aduan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.
.
(Roti ini tidak berminyak, walau bagaimanapun boleh toskan minyak pada kertas/tissue)