Sunday 9 October 2011

Biskut Koko Rangup


 Biskut Dahlia & Biskut Koko Rangup
Source: Hana / Yani
Biskut Koko Rangup
Loyang saiz 20 x 20cm

Bahan-bahan:- (Semua bahan-bahan bertanda ** diayak bersama)
210gm tepung gandum **
40gm serbuk koko **
120gm gula perang **
1/2 sudu teh serbuk kayu manis **
1/2 sudu teh baking powder **
1/4sudu teh garam @ secubit **
150gm mentega tanpa garam/butter biasa macam buttercup pun boleh

Cara-caranya:-
Potong mentega 1 cm, selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk.
Panaskan oven ke 17oC.  Alas dulang/acuan dengan oven paper.
Ayak semua bahan-bahan yang bertanda **.  Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk.  Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul seperti breadcrumbs.
Ambil 2/3 dari adunan tadi.  Masukkan kedalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.
Ambil adunan yang selebihnya tabur-taburkan keatasnya.
Bakar selama 25-30 minit suhu 170oC.
Potong memanjang 1 - 1.5cm ketika masih panas-panas.  Kemudian sejukkan sebelum di simpan dalam air tight container.

Source: Chef Hanieliza
Biskut Dahlia

Bahan-bahan:-
225gm mentega
100gm gula aising (diayak)
1 biji kuning telur Grade C
1/2 sudu teh esen vanilla

170gm tepung gandum ** Bertanda ** diayak bersama
120gm tepung kastard **
70gm tepung jagung **

Hiasan : Ceri merah secukupnya dipotong kecil

Cara-caranya:-
Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati, masukkan telur kuning dan esen vanilla, pukul rata.
Ayak kesemua tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran mentega tadi, kacau sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan kedalam acuan biskut dahlia dan tekankan diatas dulang pembakar yang telah di griskan,
kemudian hiaskan dengan potongan ceri merah.
Bakar dalam oven pada suhu 170oC selama 15 minit. Sejukkan apabila telah masak.
Biskut dibuat semasa Ramadhan semperna menyambut Hari Raya.

No comments:

Post a Comment