Monday 31 October 2011

Apam Prune Seri Ayu

Source : Ros jintanmanis 

Bahan-Bahan:-
8 biji dry prune yang dihiris halus (guna jenama sunsweet)
¼  cawan minyak masak (Kim guna minyak jagung)
2½ cawan tepung gandum (Kim guna superfine flour)
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur saiz B
½ cawan susu segar / santan (Kim guna susu segar)
¾ cawan gula (Kim tidak kurangkan cukup manisnya dan mengguna gula halus)
1 sudu kecil ovallette
Beberapa titik esen vanila
Pewarna kuning / hijau (Kim tambahkan pewarna kuning)

Cara-caranya:-
Pukul telur hingga agak berbuih, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang dan betul-betul kental dan putih, masukkan esen vanila dan ovallette dan pukul sehingga semuanya sebati.

Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar atau santan.  Kacau sebati.

Akhir sekali masukkan minyak masak dan buah prune yang telah dihiris halus, kacau perlahan dan pastikan semuanya sebati.

Panaskan pengukus, ambil acuan kuih puteri ayu dan sapukan dengan sedikit minyak, tuang adunan sehingga 3/4 acuan puteri ayu tadi, apabila air di dalam pengukus sudah mendidih, kukuks apan prune selama 8 ke 10 minit, angkat dan terus keluarkan dari acuan.  Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment