Saturday, 4 February 2012

Peria Katak Tumis Tauchu Ikan Bilis


Bahan-bahan:
Peria dibersih dan buangkan bahagian tengah
(Masukkan air secukupnya setelah mendidih masukkan peria tadi sehingga peria lembut dan masak , angkat dan ketepikan)

Cili merah - dihiris
Ikan bilis - direndam sebentar
Tauchu Biji - direndam, buangkan air masin
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Kuib ayam sedikit
Bawang putih - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Minyak menumis

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng ikan bilis, setelah garing angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi (sedikit sahaja untuk menumis rempah), setelah minyak panas masukkan bawang putih dan merah dan tumis sehingga garing, masukkan tauchu biji, cili merah dan terus dikacau sehingga sebati.
Masukkan ikan bilis dan kacau lagi, kemudian masukkan air sedikit. Setelah mendidih masukkan peria dan garam secukup rasa.  Setelah dikacau sebati bolehlah diangkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment