Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Sunday, 4 March 2012

American Breakfast

Bahan-bahan:-
Kacang merah light sos tomato

Ubi Kentang - digoreng ( untuk mendapatkan crispy goreng sebanyak 2x, maksudnya diangkat kemudian digoreng semula.  Setelah digoreng bolehlah ditaburkan garam. lada sulah & serbuk perasa.

Sausage ayam - dikelar-kelar, jangan putus ( rebuskan bersama air, lada sulah, sedikit kicap cair yang berkualiti, bawang putih dan halia di ketul )    

Telur - gunakan acuan untuk menggoreng telur, sapukan sedikit minyak pada sekeliling acuan.  Panaskan nonstick pan dan masukkan sedikit minyak untuk menggoreng telur.  Setelah telur boleh ditanggalkan dari acuan, masukkan air secukupnya dan tutup hingga telur masak sepenuhnya.

Hidangkan bersama roti bun.

Saturday, 3 December 2011

Cucur Bebola Roti

Source: Kim

Roti di potong kecil-kecil
Daun bawang dipotong kecil
Bawang besar di potong kecil
Cili merah di potong kecil
Udang kecil direndam sebentar dan cincangkan kasar
Kuib ayam secukupnya
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan-bahan diatas di dalam mangkuk besar.
Kepalkan bulat-bulat kecil dan goreng dalam minyak yang panas.
Angkat setelah kuning dan toskan minyak.
Bolehlah dihidangkan dengan cili sos.

Roti Goreng Kaya Peanut Butter


Source : Kim

Roti secukupnya

Bahan salutan:
* Telur  bahan-bahan yang bertanda dipukul bersama atau blend lagi mudah
* Kaya sedikit
* Peanut Butter sedikit 

Minyak sedikit untuk menggoreng
  
Potong roti ikut suka.
Celupkan roti pada bahan salutan. Isikan sedikit minyak dalam non stick pan.
Masukkan roti dan goreng hingga kuning dan angkat. 

Sunday, 9 October 2011

Pancake

Source: Mat Gebu / Hana
Bahan-bahan:-
3 sudu besar butter - dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder ( optional - tak letak tak apa, kalau letak lebih lembut)
1 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak tak apa

Cara-cara:-
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas, guna blender atau whisk tangan dan blend hingga sebati.
Biarkan adunan selama 10 minit.  (Kalau tak sabar tak payah tunggu hingga 10 minit).
Tuangkan 2 sudu adunan dalam kuali non stick yang telah dipanaskan.
Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih.
Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
Hindangkan semasa panas-panas.