Loyang kek di sapukan pada dasar dan tepi-tepi loyang dengan butter dan tepung.
Ketulkan lebihan tepung.Bahan-bahan:
1 kotak Lemon Cake Mix ( tidak perlu diayak )
3 biji telur saiz A ( Kim guna 4 biji telur saiz c )
1/3 cawan minyak ( Kim guna minyak jagung )
1 cawan air ( Kim campurkan sedikit perahan lemon dan susu cair UHT )
Parutan kulit lemon sedikit
Cara-cara:
Panaskan ketuhar dulu selama 5 minit sebelum memasukkan adunan kek.
Masukkan lemon kek mix kedalam mangkuk diikuti dengan air, minyak dan telur.
Pukulkan adunan tadi sehingga sebati dengan speed yang perlahan. Naikkan speed yang tinggi dan terus memukul selama 2 minit. Kemudian gunakan tangan untuk memukul lagi selama 2 minit.
Masukkan adunan ke loyang pembakar dan bakar pada suhu 175C selama 30-40 minit atau guna lidi untuk memastikan kek telah masak. Jika dicucuk lidi yang dikeluarkan haruslah bersih itu tandanya kek telah masak. Hidangkan bersama krim kegemaran anda.