Source: Mat Gebu / Jun
Bahan-bahan:
1 cawang tepung kek / tepung gandum* ( Kim guna tepung gandum )
1 camca teh serbuk penaik* ( * digaul dan ayak 3 kali )
1 cawan gula perang ( soft brown sugar )
2 biji telur Gred A
125g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair* ( *disatukan hingga menjadi pes coklat ) ( Kim tak ada susu cair, Kim guna Fresh milk )
Bahan Coklat Ganache:
200g coklat masakan
150ml UHT Whipping cream ( boleh digantikan dengan susu cair 100ml )
1 camca teh mentega
Cara membuatnya:
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berselang-seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka.
Untuk Ganache:
Satukan coklat dan UHT whipping cream dalam mangkuk tahan panas.
Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dan bolehlah dituang atas kek coklat tadi.
Biarkan coklat sedikit mengeras dan bolehlah dihias ikut kreativiti anda.
( Nota Kim - kek rasa manis sedikit pada tekak Kim, lain kali nak guna coklat semi sweet dan tersilap guna acuan yang besar sedikit ingatkan senang nanti nak pipe butter cream. Sebab itu kek Kim tak cantik rendah sahaja. Walau bagaimanapun kek lembab dan sedap ).