Source: K.Nor / CMG / Izah
(Nota : Resipi asal ialah Agar-Agar Karamel Tanpa Telur di modifiedkan oleh Kim tanpa telur dan susu cair)
Bahan-bahan:
10g serbuk agar-agar
1 liter air
120g gula halus
2 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanila
Cara-cara:
Masukkan sedikit air dari 1 liter air kedalam tepung kastard dikacau sehingga sebati.
Satukan gula, air dan serbuk agar-agar, kacau rata dan jerangkan diatas api dan kacau sehingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan air+kastard, kacau rata.
Masak sehingga bancuhan kelihatan sedikit pekat, matikan api dan tuang dalam bekas agar-agar.
Biarkan suam sebentar dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk 2-3 jam.