Bahan-bahan:
Beras Basmathi ( dicuci bersih dan rendamkan sebentar )
Santan sedikit ( Kim mengguna santan "Kara" )
Air sedikit ( mengikut sukatan cawan menyukat beras tadi )
Bahan tumisan:
Minyak sapi ( Kim tiada stock guna mentega )
Bawang merah - tumbuk ( Kim tiada stock bawang besar, kalau ada dimayang )
Biji pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis ( Kim tiada stock )
Daun bay
Garam secukup rasa
Pes tomato
Sedikit Garam Masala
Cara:
Tumiskan rempah diatas sehingga wangi, masukkan pes tomato, garam masala, garam dan teruskan mengacau sehingga sebati.
Masukkan beras dan dikacau sehingga rata. Masukkan air dan boleh ditanak beras tadi sehingga masak.
No comments:
Post a Comment