Source : Kim
Bahan-bahan Sayuran:
Ubi Kentang dipotong kiub dan goreng hingga masak
Cili Merah besar di potong serong
Cili Hijau besar di potong serong
Jagung kecil di potong serong
Cendawan hitam (direndam sebentar dan potong memanjang)
Halia muda dihiris halus
Daun Bawang di potong memanjang
Bahan tumisan:
Bawang putih dicincang kasar
Bahan Sos:
Sos Tiram vegetarian
Sos Ikan
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara-cara:
Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan sos dan dikacau sebentar.
Masukkan ubi kentang, halia muda, cendawan hitam, jagung, cili merah/hijau dan kacau sehingga masak.
Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas.
Nota: Jika suka boleh masukkan udang/isi ayam/jejari ketam atau sebagainya)
No comments:
Post a Comment