Sunday, 4 December 2011

Ayam Masak Cili Cincang

Source: Kim  



















Bahan-bahan:
Ayam dibersih potong kecil, sapukan garam dan serbuk kunyit, perahkan sebentar
(Kemudian gorengkan ayam sehingga separuh masak)

Bahan-bahan tumis:
Cili merah hidup dicincang
Bawang merah kecil dicincang
Bawang merah besar dicincang
Bawang putih dicincang
Halia sedikit dicincang
Tomato dicincang
Buah keras dicincang halus (jika nak pekat lebihkan dalam 2 1/2 biji / 1 biji)
Daun bay
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bawang putih digoreng dan ketepikan (guna minyak yang telah digoreng ayam tadi)
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tumiskan bawang putih, merah dan besar sehingga wangi.  Masukkan daun bay, cili merah, halia dan tomato dan kacau sentiasa sehingga layu.  Masukkan garam, ayam dan kacau lagi.
Masukkan air secukupnya dan masak sehingga ayam empuk.
Masak sehingga pekat dan masukkan bawang putih goreng tadi dan gaul sebati dan bolehlah diangkat.  Hidangkan bersama nasi putih panas.








No comments:

Post a Comment