Sunday, 9 October 2011

Puding Tembikai


Source: Yatie
7" loyang

10g Agar-agar plain / 15 g agar-agar
2 keping roti gardenia ** di blend halus
1/2 cawan susu pekat manis ** di blend halus
1 cawan susu cair ** (Boleh digantikan dengan air) - di blend halus
4 cawan air
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil esen vanilla
Bijan hitam / cincau di potong kiub serong-serong
Sedikit pewarna hijau/kuning atau hijau/merah  

Cara-cara:-
Masak agar-agar bersama gula dan air.  Hingga agar-agar dan gula hancur.
Sementera itu, rendam roti dalam susu cair dan carikkan.  Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis, blend halus.
Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.  Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
Ambil sediki adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikar), guna dalam 1 cawan sebagai kulit.  Biarkan keras sedikit.
Selepas itu sedikit lagi warna asal dalam 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi.  Biar keras sedikit.
Adunan selebihnya diwarnakan kuning, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.  Taburkan biji bijan hitam/cincau. Biar sejuk.  Simpan dalam peti sejuk.  


No comments:

Post a Comment