Sunday, 26 February 2012

Mee Suah Sup


Bahan-bahan:
Mee suah secukupnya
Carrot merah – dihiris
Bawang merah – dipotong memanjang
Isi ayam di hiris
Bawang goreng
Lada sulah
Cili merah di hiris panjang

Bahan-bahan rebusan:
Air secukupnya
Rempah sup secukupnya
Garam secukup rasa
Sos Ikan
Kicap cair
Kiub ayam
Bawang putih – diketuk
Halia - diketuk 

1 biji telur
Cara membuat telur goreng:
Panaskan sedikit minyak pada kuali leper non stick.  Sapukan sedikit minyak pada tepi-tepi acuan bulat.
Letak acuan pada kuali, ketukkan telur masuk pada acuan.
Setelah sedikit keras, keluarkan acuan, masukkan sedikit air dan tutup kuali bagi memasak telur.  Setelah air kering bolehlah diangkat dan ketepikan.

Cara-cara memasak:
Masukkan air kedalam periuk, halia, bawang putih, rempah sup dan biarkan hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan garam, kiub ayam, sos ikan, kicap cair, bawang goreng dan isi ayam.
Setelah ayam empuk, masukkan masukkan mee suah.  Mee suah tidak perlu dimasak terlalu lama nanti lembik.
Masukkan sayuran terus memasak sehingga mendidih.  Matikan api.  Taburkan daun bawang, cili merah dan lada sulah.    

Saturday, 25 February 2012

Pillsbury Lemon Cake ...... sungguh mudah.....






Loyang kek di sapukan pada dasar dan tepi-tepi loyang dengan butter dan tepung.
Ketulkan lebihan tepung.

Bahan-bahan:
1 kotak Lemon Cake Mix ( tidak perlu diayak )
3 biji telur saiz A  ( Kim guna 4 biji telur saiz c ) 
1/3 cawan minyak ( Kim guna minyak jagung )
1 cawan air ( Kim campurkan sedikit perahan lemon dan susu cair UHT )
Parutan kulit lemon sedikit

Cara-cara:
Panaskan ketuhar dulu selama 5 minit sebelum memasukkan adunan kek.
Masukkan lemon kek mix kedalam mangkuk diikuti dengan air, minyak dan telur.
Pukulkan adunan tadi sehingga sebati dengan speed yang perlahan.  Naikkan speed yang tinggi dan terus memukul selama 2 minit. Kemudian gunakan tangan untuk memukul lagi selama 2 minit.
Masukkan adunan ke loyang pembakar dan bakar pada suhu 175C selama 30-40 minit atau guna lidi untuk memastikan kek telah masak.  Jika dicucuk lidi yang dikeluarkan haruslah bersih itu tandanya kek telah masak.  Hidangkan bersama krim kegemaran anda.

  


Gulai Ayam Berempah Rendang

Bahan-bahan:
Isi Ayam / boleh jugak guna ayam yang ada tulang dipotong kecil )
1 sudu besar rempah rendang digaulkan dengan ayam

Bahan-bahan dikisar:
4 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 batang serai
8 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
Halia sedikit
Kunyit hidup sedikit

Bahan tumis:
Daun kari
1 batang serai diketul
Minyak secukupnya

Garam secukup rasa
Santan Kara dicampurkan dengan air ( Kepekatan ikut sesuaian anda )

1 biji Cili merah di potong serong
1 biji lobak merah / ubi kentang di potong bunga

Cara-cara:
Tumiskan bahan kisar dan daun kari sehingga garing dan wangi.  Masukkan isi ayam dan terus mengacau sehingga sebati.
Tuangkan santan biarkan mendidih sebentar masukkan lobak merah dan ubi kentang.
Kacau seketika masukkan garam secukupnya.
Terus mengacau sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
Akhir sekali masukkan cili merah yang dipotong serong dan biarkan mendidih sebentar, barulah diangkat.
Hidangkan bersama nasi putih / roti jala / roti / lempeng.  

Saturday, 18 February 2012

Cucur Lemak Manis - Gaya Kim


Bahan-bahan:
Tepung gandum
Telur sebiji - dipukul ringan
secubit garam
Air suam secukupnya di campur dengan susu pekat manis ( Kemanisan ikut kesesuai diri )
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Kek Batik Arora

 Source: Cida De Nuanza / Ady / Yatie / Azlita / Mat Gebu
Bahan-bahan:
250g mentega
100g gula kastor ( Kim - tidak perlu dikurangkan )
3/4 cawan susu pekat manis ( Kim - tidak perlu dikurangkan )
250g tepung gandum *
2 camca teh baking powder * ( *disatukan dan diayak )
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda ( perisa pilihan Mat Gebu seperti dibawah )
Pewarna oren - perisa oren ( Kim guna sunquick Mandarin )
Pewarna merah - perisa strawberi
Pewarna violet/ungu - perisa blueberry ( Kim guna blueberry filling )
Pewarna coklat - perisa coklat emulco
Pewarna hijau - perisa pandan paste
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 175C, lenserkan bundt pan berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya.  Atau guna tin bulat berukuran 8" dengan disapukan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.  Lenser juga kertas tadi.  Ketepikan.
Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih.  Masukkan susu pekat manis dan putar sehingga sebati. 

Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang.  Jarak masa untuk setiap satu biji ialah 1 minit.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.  Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit, gaul hingga rata.

Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka.  Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.

Ambil satu bahangian gunting bucu plastik tadi dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah).  Kemudian paipkan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak.  Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap.

Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan kek sekejap dan bolehlah dikeluarkan dari tin.  Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan.  Ayak icing sugar atau dusting powder sebagai hiasan (jika suka.  Hidangkan. 

(Tip Mat Gebu - Jika menggunakan tin warna hitam, suhu ialah 150C.  Jika menggunakan tin aluminium, guna suhu yang disarankan atau mengikut oven masing2.  Teknik ini ialah jika anda mengguna tin berlubang tengah.  Kalau tin bulat biasa anda boleh sudukan adunan secara berselang-seli, bermula dari bahagian tengah tin).
(Pada pendapat Kim - Kek yang berbagai aroma dan perisa, bila memakan tidak terasa seperti tercekik ditekak.  Kek yang lembut dan lembab pada keesokkan hari.  Corak kek Kim ada tak seperti kain baik.....haha... ) 

Saturday, 11 February 2012

Nasi Ayam Berempah

 Sumber: Anymz / Zana
Bahan-bahan untuk nasi:
600g beras basmathi - Kim mengguna beras Ponni dan rendamkan selama 20 minit
2" Halia - Kim tumbuk halus 
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus Kim tambah
Kunyit hidup sedikit - ditumbuk halus Kim tambah 
2 helai daun pandan - Kim guna serai sebatang
Garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu margerin untuk menumis bahan-bahan diatas 
Air dari rebusan ayam (Kim - sukatan air untuk beras ponni misalannya mengguna 1 cawan beras ponni campurkan 2 cawan air rebusan ayam dan masak sehingga nasi masak)
Cara-cara:
Masukkan minyak sedikit dan margerin kedalam kuali.
Setelah panas, masukkan bahan-bahan tumbuk tadi juga serai dan tumis sehingga wangi.
Setelah wangi, masukkan beras tadi dikacau sehiingga rata dan kering air.
Masukkan air rebusan ayam pada beras tadi tan bolehlah ditanak sehingga nasi masak

Bahan untuk sup dan ayam berempah:
1 ekor ayam dipotong empat
1 bunjut rempah sup - Kim mengguna 2 sudu besar rempah sup
Air secukupnya menutupi ayam
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan didalam periuk dan masak sehingga ayam empuk.
Setelah ayam empuk angkat dan ketepikan ayam.
Gunakan air rebusan sup untuk memasak nasi ayam.

Bahan untuk memerap ayam:
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1" Halia * bahan-bahan yang bertanda* ditumbuk halus
2 sudu besar rempah kari daging
Sedikit garam jika perlu
minyak secukupnya untuk menggoreng ayam
Cara-cara:
Ayam yang telah direbus hingga empuk digaulkan dengan bahan-bahan perapan ayam dan perap selama 20 minit. Kemudian digoreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan sos halia: Cara Kim membuat sos halia & Bawang putih 
Halia *
Bawang putih * diblend sehingga halus / ditumbuk kasar
Sedikit minyak dicampurkan dengan sedikit minyak dari kulit ayam yang digoreng (buang kulit ayam selepas digoreng)
Air rebusan ayam sedikit
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan minyak yang dicampurkan dengan minyak kulit ayam tadi, masukkan pes halia dan bawang putih dan tumiskan sehinnga wangi dan masak.
Masukkan sedikit air rebusan ayam dan garam, terus dikacau sehingga sos masak dan pekat.
Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk sos cili:
6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan jus limau kasturi - Kim mengguna sos plum
Air rebusan ayam sedikit
Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan kedalam kuali dan masak sehingga sos cili masak, rasakan garam, gula dan masam secukupnya, barulah diangkat dan ketepikan.  

Bahan-bahan sampingan:
Timun
Tomato
Daun Salad
(Nota : Nasi ayam berempah ini amat mudah dan ringkas memasaknya, cubalah tak rugi)

Japanese Tofu Butter Curry

Ingredients:
Japanese Tofu cut into small pieces then coat with corn flour and curry powder, deep fried until brown, leave aside

Coating - mixed together:
Corn flour
Chicken Curry Powder

Stir-fry:
Garlic - minced
Cili api / Red Chillies - cut into small cube
Curry Leaves
Egg yolks
Fresh milk
Butter

Sauce:
Oyster Sauce
Chicken curry powder
Water a little
Salt if necessary