Source: Cida De Nuanza / Ady / Yatie / Azlita / Mat Gebu
Bahan-bahan:250g mentega
100g gula kastor ( Kim - tidak perlu dikurangkan )
3/4 cawan susu pekat manis ( Kim - tidak perlu dikurangkan )
250g tepung gandum *
2 camca teh baking powder * ( *disatukan dan diayak )
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda ( perisa pilihan Mat Gebu seperti dibawah )
Pewarna oren - perisa oren ( Kim guna sunquick Mandarin )
Pewarna merah - perisa strawberi
Pewarna violet/ungu - perisa blueberry ( Kim guna blueberry filling )
Pewarna coklat - perisa coklat emulco
Pewarna hijau - perisa pandan paste
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 175C, lenserkan bundt pan berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8" dengan disapukan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar sehingga sebati.
Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah 1 minit.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit, gaul hingga rata.
Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
Ambil satu bahangian gunting bucu plastik tadi dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paipkan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak. Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap.
Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak. Sejukkan kek sekejap dan bolehlah dikeluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak icing sugar atau dusting powder sebagai hiasan (jika suka. Hidangkan.
(Tip Mat Gebu - Jika menggunakan tin warna hitam, suhu ialah 150C. Jika menggunakan tin aluminium, guna suhu yang disarankan atau mengikut oven masing2. Teknik ini ialah jika anda mengguna tin berlubang tengah. Kalau tin bulat biasa anda boleh sudukan adunan secara berselang-seli, bermula dari bahagian tengah tin).
(Pada pendapat Kim - Kek yang berbagai aroma dan perisa, bila memakan tidak terasa seperti tercekik ditekak. Kek yang lembut dan lembab pada keesokkan hari. Corak kek Kim ada tak seperti kain baik.....haha... )
No comments:
Post a Comment