Saturday, 3 December 2011

Cucur Bebola Roti

Source: Kim

Roti di potong kecil-kecil
Daun bawang dipotong kecil
Bawang besar di potong kecil
Cili merah di potong kecil
Udang kecil direndam sebentar dan cincangkan kasar
Kuib ayam secukupnya
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan-bahan diatas di dalam mangkuk besar.
Kepalkan bulat-bulat kecil dan goreng dalam minyak yang panas.
Angkat setelah kuning dan toskan minyak.
Bolehlah dihidangkan dengan cili sos.

Roti Goreng Kaya Peanut Butter


Source : Kim

Roti secukupnya

Bahan salutan:
* Telur  bahan-bahan yang bertanda dipukul bersama atau blend lagi mudah
* Kaya sedikit
* Peanut Butter sedikit 

Minyak sedikit untuk menggoreng
  
Potong roti ikut suka.
Celupkan roti pada bahan salutan. Isikan sedikit minyak dalam non stick pan.
Masukkan roti dan goreng hingga kuning dan angkat. 

Murukku

 
Source : Kim

Bahan-bahan:
Tepung Kacang Gram
Bijan putih disangai
Biji lemuju disangai
Asafoetida secubit
Paste
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Acuan murukku


Cupcake Puan Sri

Source: Mamafami
Bahan-Bahan (12 biji)
200g Butter
180g Gula Castor (Kim guna 160g)
3 sudu besar tepung kastard
220g tepung naik sendiri
4 biji telur (Kim guna saiz A)
1 sudu kecil vanilla esen

Cara-cara:
Panaskan oven kepada 175 degree.
Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu dan terukan memukul.
Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi.  Kemudian masukkan tepung yang telah diayak.
Isikan muffin tray dengan muffin cup.  Masukkan adunan tadi kedalam muffin cup.
Kalau guna scoop ice cream lebih senang (Kim menggunakan scoop ice cream dan memasukkan sebanyak 2 scoop).
Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak.  Siap dan hidangkan.  Kalau rajin, bolehlah decokan cupcake dengan icing or whipped cream.

Buttercream icing:
120g butter
120g icing sugar
1/2 tsp vanilla esen
Food coloring (optional)

Method:
Sieve icing sugar to break lumps.
In a separate bowl, cream butter till soft.  Add icing sugar, a little at a time, beating continously.  Add vanilla and continue beating until icing is creamy and fluffy.  Color as you wish.

Variation:
Chocolate buttercream:
Add 3 - 4 teaspoons of sifted cocoa powder to the icing above and beat until the cocoa powder is well blended in the icing.

Coffee buttercream:
Prepare the butter icing as above, but omit vanilla essence.  Instead, add 1 teaspoon of instant coffee powder diluted in 1/4 teaspoon water nto the icing.  Beat well.

Mocha buttercream:
Add 3 teaspoons of sifter cocoa powder into the coffee buttercream above.  Beat well.  Use as desired.    

Ubi Kentang dan Sayuran Tumis Sos Tiram























Source : Kim

Bahan-bahan Sayuran:
Ubi Kentang dipotong kiub dan goreng hingga masak
Cili Merah besar di potong serong
Cili Hijau besar di potong serong
Jagung kecil di potong serong
Cendawan hitam (direndam sebentar dan potong memanjang)
Halia muda dihiris halus
Daun Bawang di potong memanjang

Bahan tumisan:
Bawang putih dicincang kasar
Bahan Sos:
Sos Tiram vegetarian
Sos Ikan
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara-cara:
Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan sos dan dikacau sebentar.
Masukkan ubi kentang, halia muda, cendawan hitam, jagung, cili merah/hijau dan kacau sehingga masak.
Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas.

Nota: Jika suka boleh masukkan udang/isi ayam/jejari ketam atau sebagainya)
 

Pulut Serikaya

















Source: Yatie

Bahan-bahan Lapisan Bawah:
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair (biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit saja - Kim pun sama)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak

Cara untuk Lapisan Bawah:
Sediakan kukusan terlebih dahulu.  Biarkan air mendidih.
Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit (Lain kali Kim hendak rendam semalaman bagi lembut sedikit).
Toskan beras pulut. Tak perlulah lama-lama sekejap pun boleh.  Alas loyang dengan plastik (Kim - sapukan sedikit minyak pada alas plastik.
Satukan semua bahan-bahan didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
Kukus diatas kukusan yang telah sedia mendidih selama 20-30 minit.
Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat.  Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan-bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
3/4 cawan gula merah / brown sugar / gula melaka (Kim menggunakan gula merah)
1/2 cawan gula pasir (Kim tidak kurangkan)
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1 cawan air - untuk dimasak bersama gula merah dan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Sedikit coklat emulco untuk memberi warna gelap sedikit (Kim omitted)

Cara untuk Lapisan Atas:
Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cawan air dan tapiskan, biarkan sejuk sebentar.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung ke dalam mangkuk besar.
Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam.
Diikuti dengan air gula yang telah sejuk.
Masukkan telur dan gaul sebati atau untuk memudahkan blend semua bahan.
Masak diatas api sederhana sebentar dan sentiasa digaul (biar berwap saja).
Sekali lagi dengan kukus yang sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana saja.
Letakkan loyang yang berisi pulut tadi itu kedalam kukusan dan dengan perlahan tuangkan lapisan atas.
Kukuslah selama 20 minit saja.

(Nota : Peringatan kuih ini hendaklah betul-betul sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan.  Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dam licin ).






Saturday, 26 November 2011

Udang Goreng Berempah Kari

Bahan-bahan:-
Udang yang besar dibersih dan belah belakang

Bahan-bahan untuk digaulkan pada udang
Bawang putih >
Halia              > ditumbuk halus
Serbuk Kari Ikan secukupnya
Garam secukup rasa
Gula (jika suka)
Biji jintan putih 
Tepung beras secukupnya

Bahan-bahan dihiris:-
Bawang besar
Cili kering di potong serong
Bawang putih
Halia
Daun kari
Minyak secukupnya

Cara-cara:-
Goreng udang yang telah digaulkan dengan paste bawang putih dan halia, jintan putih, garam dan tepung beras.  Buangkan lebihan tepung barulah dimasukkan pada minyak yang panas.  Goreng hingga udang mengecut (sekejap sahaja jangan terlalu lama) dan angkat.  Toskan minyak. 

Keluarkan lebihan minyak menggoreng udang tadi dan simpankan sedikit minyak untuk menumis bahan hiris. 

Masukkan sedikit minyak tadi, setelah minyak panas masukkan bawang putih, bawang besar, halia, cili kering dan daun kari.  Tumis hingga bahan-bahan mengecut dan matikan api.

Masukkan udang yang digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan tumis tadi sehingga rata.

(Jika ingin basah sedikit, masukkan sos tiram, serbuk rempah kari dengan sedikit air dan kacau rata, tumis dengan bahan hiris tadi hingga sos masak dan biarkan sejuk sebentar kemudian bolehlah digaulkan dengan udang tadi).