Bahan-bahan:
2 biji Ubi Kentang - dikupas kulit dan potong memanjang (boleh digorengkan sebentar kemudian toskan dan ketepikan)
2 biji tomato - dipotong memanjang
Bahan tumisan:
Daun kari
1 biji bawang besar yang bersaiz kecil - dicincang
1 ulas bawang putih dicincang kasar
1 1/2 sudu besar Rempah kari ikan - dicampurkan dengan sedikit air, kacau sebati
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air secukupnya (jika nak pekat tidak perlu mengguna banyak air
Caranya:-
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumis sehingga layu masukkan daun kari dan terus mengacau sehingga wangi. Masukkan rempah kari ikan dan kacau sehingga sebati diikuti dengan tomato dan terus mengacau lagi selama 5 minit.
Masukkan ubi kentang dan sedikit air kacau sehingga rata biarkan sebentar. Masukkan garam secukupnya. Sesekali kacaukan dan biarkan sehingga ubi kentang empuk dan boleh dimatikan api.
No comments:
Post a Comment