Resepi: Atulnona Abdullah dan Munira Baharum FB
Source: MLong FB & Izah / Copy source dari : K Nor
Bahan Karamel:-
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang
STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
* ratakan pada loyang supaya nanti kek yang dah siap tak melekat bila dikeluarkan dari loyang
STEP 3: (source K Nor)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ( Kim jugak letak 1/2 cawan tapi dan penuh sangat )
1 sudu teh esen vanila ( Kim jangan kurangkan supaya tidak berbau telur )
3 biji kuning telur ( Kim juga mengguna 2 biji kuning telur *
2 biji telur ( putih dan kuning ) ( Kim jugak guna 3 biji ( putih dan kuning )
Atau
(Bahan B) STEP 3:
1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
* ( Kalau nak karamelnya tebal, tambahkan susu cair dan kuning telur )
STEP 4:
Kacau perlahan dan tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
STEP 5:
Bakar karamel secara "steam bake" pada suhu 180'c selama 15 minit.
Sementara itu, siapkan bahan kek chocolate moist.
Bahan A:
1 cawan serbuk koko ( Kim jugak mengguna 1/2 cawan serbuk koko )
1 cawan susu cair ( Kim tambahkan sedikit susu segar sebab susu cair dah habis )
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak / jagung
Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum ( Kim jugak guna 1 cawan )
1 sudu teh soda bikarbonat ( Kim jugak guna secubit jer )
1 sudu teh baking powder
* semua bahan-bahan diatas di ayakkan ( Kim mengayak 2x )
Bahan C:
4 biji telur ( Kim guna saiz C ) - dipukul dengan whisk atau blend - ( Kim jugak guna 3 biji telur + 2 putih dari lebihan puding karamel)
Cara-caranya:
Satukan bahan B dan bahan C kedalam bahan A secara berselang-seli dan gaul sebati dengan whisk atau senduk.
Tuangkan adunan kedalam loyang karamel tadi.
Bakar secara "steam bake" pada suhu 180'c selama 1 jam atau sehingga masak .... bergantung kepada oven masing-masing.....
Dah masak, biar kek sejuk atau sehingga kek meregang baru diterbalikkan kek. Sedia dihidangkan.
(Nota Kim - "steam bake" maksudnya dibawah acuan kecil diletakkan 1 lagi acuan yang besar sedikit kemudian masukkan air sedikit, selepas itu acuan kecil ditindih pada acuan besar dan pastikan acuan besar itu tidak terlalu besar kerana apabila kita masukkan acuan kecil itu kita tak nak acuan itu bergoyang sebab nanti kek menjadi senget pulak)
No comments:
Post a Comment