Friday, 14 October 2011

Sticky Caramel Chicken Wings

Source: Along Roz

12 keping kepak ayam (belah dijadikan 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan / 1 1/2 sudu besar garam / kuib ayam maggi
1 sudu besar kicap pekt - boleh letak 2 sudu besar
1 sudu besar sos cili maggi
1/4 cawan (60ml) madu

Cara-caranya:-
Panaskan minyak dalam kuali.  Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings.  Kacau dan goreng selama 5 minit.

Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali.  Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

Nota: Bila dah masuk madu, sos akan berbuih.  Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end.  Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan menjadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken.

No comments:

Post a Comment