Saturday, 31 December 2011

Kueh Teow Goreng Fishballs

By : Kim

Bahan-bahan:
Kueh Teow
Taugeh
Daun Kuchai
Fishballs
Cili merah
Telur jika suka

Cincang halus:
Bawang putih

Bahan sos - disatukan:
Sos Tiram
Kicap pekat
Kicap cair
Sos Ikan sedikit
Ayam kiub sedikit
Serbuk Lada Sulah

Minyak sedikit untuk menumis bawang putih

 



Friday, 30 December 2011

Koci Pulut Hitam

 

















Source : Ayu

Bahan untuk inti kelapa:
250g kelapa parut yang putih
160g gula melaka
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
sedikit garam
2 sudu besar tepung gandum (diayak sedikit)

Cara-cara:
Masukkan kelapa parut, daun pandan disimpul, garam dan air gula melaka dan didihkan atas api.
Bila adunan sudah agak pekat masukkan tepung gandum (tabur-taburkan sikit supaya tidak bergentel.
Masak hingga agak pekat tapi jangan sampai kering, lembab-lembab gitu.
Angkat dan sejukkan.  Bila dah sejuk buat bulat-bulat kecil, ketepikan.

Bahan untuk Doh:
300g tepung pulut
110g tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air (anggaran - Kim guna 1 cawan dihabiskan dan 1/2 cawan tu dalam 5 sudu besar, atau semasa mencampurkan 1/2 cawan itu berhati-hati jangan curah kesemuanya).
1/2 cawan santan pekat 
sedikit garam

Minyak masak secukupyna untuk disapukan diatas daun pisang.
Daun pisang - dilayurkan dan lap bersih barulah di sapukan minyak diatas daun pisang

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan doh, dengan air masukkan sedikit-sedikit dulu dan uli sampai tak melekat di tangan.
Lumurkan daun pisang dengan minyak, mesti berminyak supaya bila masak tak melekat didaun pisang.
Dengan tangan yang berminyak, ambil segenggam doh dan letakkan diatas daun pisang tadi.
Buat lekuk ditengah doh tadi, tapi jangan terlalu dalam, agak-agak aje.  Bubuh inti yang telah digentel bulat tadi kedalam lubang doh.  Tutup dan bulat-bulatkan.  ( Kim buat macam onde-onde).
Terbalikkan permukaan yang ditutup tadi dan ratakan sedikit supaya dia leper dan sapukan minyak masak lagi.  Lipat daun pisang seperti membungkus nasi lemak. Ulangi step yang tadi hingga kuih koci habis dibungkus.
Letakkan didalam kukusan dan kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
(Nota : Kim panaskan pengukus dulu dalam 3 minit)  

     

Saturday, 24 December 2011

Mee Goreng Kicap ( Kering )

 Source: Kim

Tart Prune

 Source : Kak Hanieliza's / Mamafami's
Ingredients:
150g Butter
150g Margarine
150g Castor Sugar ( Kim used 60g )
1 egg ( Kim used size C )
1 teaspoon vanilla essence ( Kim omitted )
50g cornflour - sifted
50g custard powder - sifted
350g flour - sifted
100g pitted prune - sliced

Method:
Cream butter, margarine and castor sugar.
Add in egg and continue beating.  Add vanilla essence.
Add in dry ingredients till soft dough is formed.
Roll 1/4 of the dough to about 1/2cm thick.
Cut using a small scone cutter.
Brush with some egg yolk mixed a bit of yellow colouring.
Place a piece of sliced prune.  Wrap just the bottom part of the prune.
Arrange on baking tray.
Bake for 20-25 mins in preheated oven at 170 C.

Friday, 23 December 2011

Sambal Petai Ikan Bilis

                         (Source : Kim) 

Bahan-Bahan:
Petai dibelah dan bersihkan
Ikan bilis cuci bersih

Bahan-bahan blend:
Cili kering
Cili merah
Bawang putih sedikit
Bawang merah lebihkan
Belacan
Buah keras sedikit

Dihiriskan:
Bawang Merah besar

Garam secukupnya
Gula perang / gula putih sedikit
Minyak goreng sedikit

Cara-cara:
Gorengkan ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Tumiskan petai sebentar masukkan bawang merah dihiris dan terus menumis hingga bawang merah layu, angkat dan ketepikan.
Gunakan sedikit minyak tadi dan tumiskan bahan-bahan blend hingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan petai, garam dan gula secukupnya.  Gaulkan sehingga sebati dan angkat dari api ketepikan.
Setelah sejuk masuk ikan bilis yang digoreng tadi dan kacau sehingga sebati.
Angkat dan hidangkan.

(Nota:  Kim tidak masukkan air asam jawa, jika suka boleh masukkan air asam jawa setelah bahan blend pecah minyak)





Ayam Goreng Berempah Wangi

Source: Kim
Ingredients:
Chicken Drumsticks / Wings / or any chicken parts

To blend as a paste:
Garlic
Ginger

To marinate and mix together:
Dark soya sauce
Light soya sauce
Fish sauce little bit
Pepper powder
Traditional herba powder (Rempah wangi)
(Salt can be added if not enough)  

Enough Oil for deep frying

Method:
Cleaned chicken and marinate with garlic ginger paste and all the sauces for 1 hour or more.
Deep fry the chicken until cooked and tender.
Serve with plain rice or nasi ayam. 


Sunday, 18 December 2011

Muffin Yoghurt

Source: IzahDaut / Nazrah  
( Lembut dan lembab )
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum ( Kim guna self raising flour )
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat ( Kim tidak letak sebab guna self raising flour )
3/4 sudu kecil baking powder ( Kim tidak letak .................)
1/2 sudu kecil garam ( Kim terlupa nak letak )
1 cawan yoghurt plain @ perasa
2 biji telur ( Kim guna size C )
2/3 cawan gula kastor
100ml minyak sayur @ butter cair ( Kim guna minyak jagung )
1 sudu kecil essence vanila ( Kim - lain kali tak nak letak )
1 sudu kecil strawberry paste ( Kim guna coklat paste )
5-7 biji strawberyy size sederhana ( Kim bubuh sedikit raisin cincang )

Cara-caranya:
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati.  Ketepikan.
Satukan pula yoghurt, telur, gula, minyak, essence vanilla dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yoghurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul-ketul asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup ( Kim guna sudu ice-cream dan masukkan 2 sudu ) dan bakar pada suhu 180C selama 25-28 minit.