Source: IzahDaut / Nazrah
( Lembut dan lembab )
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum ( Kim guna self raising flour )
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat ( Kim tidak letak sebab guna self raising flour )
3/4 sudu kecil baking powder ( Kim tidak letak .................)
1/2 sudu kecil garam ( Kim terlupa nak letak )
1 cawan yoghurt plain @ perasa
2 biji telur ( Kim guna size C )
2/3 cawan gula kastor
100ml minyak sayur @ butter cair ( Kim guna minyak jagung )
1 sudu kecil essence vanila ( Kim - lain kali tak nak letak )
1 sudu kecil strawberry paste ( Kim guna coklat paste )
5-7 biji strawberyy size sederhana ( Kim bubuh sedikit raisin cincang )
Cara-caranya:
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
Satukan pula yoghurt, telur, gula, minyak, essence vanilla dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yoghurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul-ketul asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup ( Kim guna sudu ice-cream dan masukkan 2 sudu ) dan bakar pada suhu 180C selama 25-28 minit.
No comments:
Post a Comment