Source: Mat Gebu
Bahan-bahan:-150gm mentega
140gm tepung naik sendiri **
1 camca besar susu tepung ** ( bahan ** digaul rata dan diayak )
3 biji telur Grade A ( Ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja ) - Kim guna telur saiz C ( Kim ambil 4 kuning dan 2 1/2 putih sahaja )
120gm gula halus ( Kim - tidak perlu dikurangkan )
1/2 camca besar ovallate
15gm gliserin + 10gm air ( Kim juga gantikan dengan 25ml susu segar )
1 camca besar serbuk koko *
1 camca teh coklat emulco *
1/2 camca teh esen vanila *
3 camca besar air panas * ( bahan * disatukan dan kacau hingga menjadi pes )
Sedikit pewarna hijau
3 titis perisa pudina ( Kim - lain kali dan masukkan lebih sedikit )
Cara membuatnya:
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8" dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung dan mentega yang telah di putar kembang sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi (susu segar). Putar rata.
Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian, 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga.
Sudukan 1/2 camca besar pewarna coklat, kemudian letak 1/2 camca besar pewarna hijau, buat berselang-seli hingga habis.
Bakar selama 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing-masing.
Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...........
(Nota Kim : Bak kata En. Mat Gebu, kek ini lembab, lembut dan segar kerna ada perisa pudina, bagi bukan pengemar pudina tak dapatlah merasa!!, Kim amat suka pada semua herbs jadi lain kali nak lebihkan sedikit lagi perisa pudina...tiada masalah boleh mencuba...kan...)
No comments:
Post a Comment