Bahan-bahan:-
Kacang buncis, dipotong menyerong
Telinga gajah, direndam hingga kembang dan dipotong, buangkan bahagian
yang keras
Lobak merah disagat
Fucuk, direndam dan dipotong memanjang
Halia sedikit dihiris memanjang
Garam secukupnya
Sos tiram
Sos ikan ( jika perlu )
Minyak menumis
Air sedikit
Bahan rempah dikisar halus:
5 biji Cili merah
3 biji Bawang putih
5 biji Bawang merah
1 biji buah keras
1 batang serai
Udang kering ( optional ) direndam kemudian disangai
Cara membuatnya:-
Panaskan sedikit minyak dikuali untuk menumis rempah. Setelah minyak panas masukkan rempah dan terus menumis sehingga wangi. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
Masukkan lobak merah dan sedikit air kacaukan sebentar sehingga layu. Masukkan telinga gajah dan terus mengacau lagi. Masukkan buncis dan fucuk dan terus mengacau sehingga sayuran masak.
Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment