Saturday, 26 November 2011

Udang Goreng Berempah Kari

Bahan-bahan:-
Udang yang besar dibersih dan belah belakang

Bahan-bahan untuk digaulkan pada udang
Bawang putih >
Halia              > ditumbuk halus
Serbuk Kari Ikan secukupnya
Garam secukup rasa
Gula (jika suka)
Biji jintan putih 
Tepung beras secukupnya

Bahan-bahan dihiris:-
Bawang besar
Cili kering di potong serong
Bawang putih
Halia
Daun kari
Minyak secukupnya

Cara-cara:-
Goreng udang yang telah digaulkan dengan paste bawang putih dan halia, jintan putih, garam dan tepung beras.  Buangkan lebihan tepung barulah dimasukkan pada minyak yang panas.  Goreng hingga udang mengecut (sekejap sahaja jangan terlalu lama) dan angkat.  Toskan minyak. 

Keluarkan lebihan minyak menggoreng udang tadi dan simpankan sedikit minyak untuk menumis bahan hiris. 

Masukkan sedikit minyak tadi, setelah minyak panas masukkan bawang putih, bawang besar, halia, cili kering dan daun kari.  Tumis hingga bahan-bahan mengecut dan matikan api.

Masukkan udang yang digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan tumis tadi sehingga rata.

(Jika ingin basah sedikit, masukkan sos tiram, serbuk rempah kari dengan sedikit air dan kacau rata, tumis dengan bahan hiris tadi hingga sos masak dan biarkan sejuk sebentar kemudian bolehlah digaulkan dengan udang tadi).




Sunday, 13 November 2011

Serimuka Pandan

 Source: Chef Asma / Yatie / Ayu

Bahan-bahan Lapisan Bawah:
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam halus

Cara-caranya:
Rendam pulut sekurang-kurangnya selama 4 jam.
Basuh bersih dan toskan.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit (Kukus
dengan loyang yang berlainan tidak berlubang.  
Kukus dalam loyang yang nak dignakan dialas plastik wrap
dulu bubuh pulut dituangkan bahan diatas.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. 
Tekan dalam loyang 10 x 10 x 2".

Bahan-bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula halus
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan - diblender dengan air diatas, tapis dan ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
Sedikit pewarna hijau - secukupnya 

Cara-caranya:-
Satukan bahan-bahan A kacau rata dan masukkan bahan-bahan
B kacau hingga sebati. (Boleh juga diblender kesemuanya).
Tapis kedalam periuk dan masak.  Kacau hingga naik wap.Sekejap sahaja dalam 2-3 minit saja.  
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit.


Kim membuat 1/2 adunan diatas dan modified sikit saja 
Bahan-bahan Lapisan Bawah:
250g beras pulut
150ml santan pekat
150ml santan cair
1 tsp garam halus

Cara-caranya:
Rendam pulut sekurang-kurangnya selama 4 jam atau semalaman. Basuh bersih dan toskan.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit (Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang).  
Kukus dalam loyang yang nak digunakan dialas plastik wrap dulu dan sapu sedikit minyak pada plastik wrap then bubuh pulut dituangkan bahan diatas dan sehelai daun pandan dicarikkan.
Apabila pulut masak, gaul dengan garpu hingga sebati.  Buangkan daun pandan carik. 
Tekan dalam loyang kecil.

Bahan-bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
120g gula halus
50g tepung kastard
200ml santan pekat
200ml santan cair
10 helai daun pandan - diblender dengan santan cair diatas, tapis dan ketepikan

Bahan B
2 biji telur Grade C
Secubit garam halus
Sedikit pewarna hijau - secukupnya (Jika suka)

Cara-caranya:-
Satukan bahan-bahan A kacau rata dan masukkan bahan-bahan B kacau hingga sebati. (Boleh juga diblender kesemuanya).
Tapis kedalam periuk, masukkan sehelai daun pandan simpul dan masak.  Kacau hingga naik wap.
Sekejap sahaja dalam 2-3 minit saja.  Buangkan daun pandan simpul. 
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit.


Serimuka Pandan
Source: Mat Gebu
Bahan-Bahan Lapisan Bawah:-
300g beras pulut (Mat guna 350g, Kim juga menggunakan 350g) 
200ml santan cair (Mat lebihkan 2 camca besar - Kim jugak)
1 helai daun pandan disimpul
1 camca teh garam (Kim - kurangkan sedikit)

Bahan-Bahan Lapisan Atas:-
300ml santan pekat
3 biji telur (Mat guna Gred B)
4 helai daun pandan, potong kecil
180g gula pasir (Kim - tak perlu kurangkan)
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau

Cara-caranya:-
Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurangnya2 3 jam.  Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi.
Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan.  Bancuh santan dengan garam dan kacau rata.
Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan.
Kukus selama 25-30 minit.  Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, gunakan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat.  (Mat guna penekan kek lapis yang mat masukkan dalam plastik bersih).  Sambung kukus selama 10 minit lagi.
Sementara itu, untuk lapisan atas, Kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya.
Kemudian bancuh dengan semua bahan-bahan untuk lapisan atas (custard).
Kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas.  Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit.
Berhati-hati atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi (Kim masak 30-40 minit).
Biar kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk hidangan. 

Friday, 11 November 2011

Mee Hoon Goreng


Source/Created : Kim

Jemput-Jemput Pisang / Cucur Pisang / Kuih Kodok


Source/Created : Kim

Bahan-bahan:
Pisang emas yang masak
Tepung gandum sedikit - diayak
Bikarbonate Soda
(Tidak perlu gula sebab pisang dah manis)

Cara-cara:
Lenyekkan pisang emas. 

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.

Masukkan soda bikarbonate dan kacau lagi hingga rata.

Panaskan minyak.  Setelah panas angkat adunan menggunakan sudu dan masukkan pada minyak yang panas.  Setelah masak boleh diangkat dan toskan. 
  

Monday, 31 October 2011

Apam Prune Seri Ayu

Source : Ros jintanmanis 

Bahan-Bahan:-
8 biji dry prune yang dihiris halus (guna jenama sunsweet)
¼  cawan minyak masak (Kim guna minyak jagung)
2½ cawan tepung gandum (Kim guna superfine flour)
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur saiz B
½ cawan susu segar / santan (Kim guna susu segar)
¾ cawan gula (Kim tidak kurangkan cukup manisnya dan mengguna gula halus)
1 sudu kecil ovallette
Beberapa titik esen vanila
Pewarna kuning / hijau (Kim tambahkan pewarna kuning)

Cara-caranya:-
Pukul telur hingga agak berbuih, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang dan betul-betul kental dan putih, masukkan esen vanila dan ovallette dan pukul sehingga semuanya sebati.

Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar atau santan.  Kacau sebati.

Akhir sekali masukkan minyak masak dan buah prune yang telah dihiris halus, kacau perlahan dan pastikan semuanya sebati.

Panaskan pengukus, ambil acuan kuih puteri ayu dan sapukan dengan sedikit minyak, tuang adunan sehingga 3/4 acuan puteri ayu tadi, apabila air di dalam pengukus sudah mendidih, kukuks apan prune selama 8 ke 10 minit, angkat dan terus keluarkan dari acuan.  Sedia untuk dihidangkan.

Doh Karipap

Source : Tun / Izah / Rosjintamanis
(Nota : Masih rangup hingga ke petang)

Bahan-bahan:-
4 cawan tepung gandum
2 tbsp margerin
½ cawan minyak
¾ cawan air
½ tsp garam

Cara-caranya:-
Panaskan margerin dan minyak dalam periuk, tutup api.

Tengah panas-panas tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu (jangan guna tangan, melecur nanti) 

Dah sejuk sikit campur garam dan air.

Uli-uli ....... siap! boleh buat karipap ikut suka inti apa.

(Kim - uli dengan lemah lembut dan jangan uli terlalu lama nanti kulit tak rangup, semasa menggoreng gunalah api yang perlahan bagi menggelakkan kulit menggelembung.  Tapi kalau nak cepat macam gambar diatas
boleh menggunakan api yang besar .... nak cepat habis).

Kim - Inti : Keledek / Ubi Kentang / Isi Ayam / Tuna / Udang Kering / Cincangan Udang & Ketam, kalau nak plain saja pun ok sedap juga tanpa isi daging hanya ubi kentang sahaja. 

Curry Puff Skin ( The texture of this curry puff skin is similar with the above )
Source : Lydia My Kitchen
Pastry:-
250g all purpose flour / flour
50g rice flour
50g tapioca / corn flour
50g margerine
50g vegetable oil / cooking oil
+ / - 130ml ice cool water and pinch of salt

Method:-
In a large mixing bowl, bring 3 types of flours together and mix well.  Set aside.

In a small sauce pan, melt and heat margerine with cooking oil.

Pour hot oil over flours in the mixing bowl.  Then, mix thoroughly with a wooden spatula or chopsticks, until resemble like breadcrumbs.

Add in water little by little and knead to form soft dough.

Cover dough with plastic wrap and rest for at least 15 minutes. 






Chicken Paratal

Source: Love to Cook (Malaysia)
(Note : Yum Yum Yummy, Thank you Love - Jack wanna to try this recipe, no regret you will definitely likes this recipe.  Can eat with anything e.g putu mayam, bread, rice or puris etc etc)

Ingredients:-
To blend dry or with little water:-
5 pcs shallots
4 cloves garlic
1" ginger
3 stalks lemongrass
½ inch fresh turmeric
1" galangal

1 whole chicken - cleaned and cut into small pieces
1½ tsp turmeric powder
Salt

1 pc cinnamon stick
2 pcs cardamom
¼ tsp cumin seeds
1 Onion - sliced
2 pcs green chilies - sliced
1 stalk curry leaves
1 pc dried bay leaf
1 ½ tbsp meat curry powder
1 tbsp chili powder
Salt to taste
Little water
Cooking oil

Method:-
In a bowl, mix chicken pieces with turmeric powder and salt.  Let is marinate for 15 minutes and deep fry until golden brown.  Set aside.

Reduce oil in wok and saute cinnamon stick, cardamom and cumin seed until fragrant.  Add sliced onion, green chilis, curry leaves and bay leaf.  Keep stirring.

Add blended paste and stir for 5 minutes.  Add in curry and chili powder.  Add salt.

Mix thoroughly and add some water according to the thickness you preferred.

Let the gravy boil for few times.  Add fried chicken pieces and keep stirring for almost 10-15 minutes until the spieces mixed well and the gravy becomes dryer.  Check for salt.

Done ready to serve.

(Note : You may add ¼ cup of thick coconut milk to make the dish more creamier)
Kim - my without coconut milk)